Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: Kes tempatan baru tambah tiga kali ganda, cecah 13,046; 6 kematian dilapor

Feb 05, 2022 | 12:18 PM



JUMLAH kes Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat di Singapura telah meningkat sebanyak tiga kali ganda dengan 13,046 kes dilaporkan sehingga tengah hari Jumaat (4 Februari).



Terdapat 4,087 kes dilaporkan pada Khamis.



Mengenai kes baru pada Jumaat, 10,312 dikenal pasti oleh ujian pantas antigen. Mereka didapati menampakkan tanda ringan dan berisiko rendah.



Lagi 2,734 kes merupakan kes tempatan yang dikesan menerusi ujian reaksi rantaian polymerase (PCR), jelas Kementerian Kesihatan (MOH) dalam lamannya yang memberi butiran terkini mengenai virus berkenaan secara harian.



Terdapat 162 kes import melibatkan pengunjung yang memasuki Singapura. Enam orang pula meninggal dunia kerana komplikasi Covid-19.



Terdapat 998 orang yang dirawat di hospital kerana kes Covid-19 pada Jumaat. Ia meningkat daripada 932 kes pada hari sebelumnya. Dalam kalangan kes pada Jumaat, 96 kes memerlukan sokongan oksigen manakla 15 kes dalam Unit Jagaan Rapi (ICU).



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.39 pada Jumaat, meningkat daripada 1.23 pada hari sebelumnya.



Kadar ini merujuk pada nisbah kes masyarakat bagi minggu lalu mengatasi minggu sebelumnya. Kadar melebihi satu menunjukkan bahawa jumlah kes Covid-19 baru secara mingguan meningkat.



Jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan di Singapura kini adalah 376, 681 kes dengan 866 kematian.



Sekitar 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin manakala 59 peratus penduduk pula sudah menerima suntikan penggalak.



 



.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >