Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: Kes tempatan turun kepada 10,208; 1,068 pesakit di hospital

Feb 05, 2022 | 11:05 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) melaporkan 10,208 kes Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat sehingga 12 tengah hari Sabtu (5 Februari).



Jumlah kes ini merosot daripada 13,046 kes tempatan yang dilaporkan pada Jumaat. Angka kes pada Jumaat adalah tiga kali ganda jumlah kes pada hari sebelumnya.



Dalam kalangan kes masyarakat pada Sabtu, 7,474 kes dikenal pasti menerusi ujian pantas antigen (ART), bererti mereka tidak menunjukkan sebarang tanda jangkitan atau tanda jangkitannya ringan.



Lagi 2,734 kes tempatan pula dikesan menerusi ujian reaksi rantaian polymerase (PCR), jelas MOH dalam butiran terkini mengenai virus itu yang dikemukakan dalam laman rasminya.



Terdapat 1,068 kes yang dirawat di hospital sehingga Sabtu, meningkat daripada 998 kes sehari sebelumnya.



Pada Sabtu pula, 23 orang dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU), meningkat daripada 15 orang pada Jumaat.



Bilangan yang memerlukan sokongan oksigen pula merosot kepada 86 kes daripada 96 kes pada Jumaat.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula pada paras 1.44 pada Sabtu, meningkat daripada 1.39 yang dilaporkan pada Jumaat.



Kadar ini merujuk pada nisbah kes masyarakat pada minggu sudah mengatasi minggu sebelumnya. Kadar lebih daripada satu menunjukkan jumlah kes Covid-19 baru secara mingguan meningkat.



Terdapat 182 kes import dengan dua orang meninggal kerana komplikasi Covid-19 berbanding enam kes kematian yang dilaporkan pada Jumaat.



Jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di Singapura sejak pandemik bermula pada 2020 adalah 390,071 kes dengan 868 kematian keseluruhannya.



Sekitar 92 peratus penduduk Singapura yang layak telah lengkap divaksin manakala 59 peratus penduduk pula telah menerima suntikan vaksin penggalak.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >