Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19: Doktor, kakitangan, pesakit dihadkan dalam satu hospital sahaja

Feb 12, 2020 | 04:42 PM



DOKTOR dalam sektor awam perlu mengehadkan tugas mereka dalam satu hospital sahaja, sementara pesakit dan kakitangan kesihatan patut mengurangkan pergerakan mereka merentasi pelbagai premis.



Demikian dinasihatkan Kementerian Kesihatan (MOH) kepada hospital awam untuk mengurangkan risiko penjangkitan silang-institusi koronavirus yang berasal dari Wuhan, China itu.



Langkah itu mula dikuatkuasa Isnin (10 Feb), lapor The Straits Times.



Pesakit yang menerima rawatan di pelbagai hospital bagi penyakit yang berbeza perlu memilih satu hospital sahaja.



"Kami akan bekerja rapat dengan institusi penjagaan kesihatan untuk melihat bagaimana ini boleh dijalankan secara efektif tanpa menjejas penjagaan pesakit dan keselamatan mereka," kata MOH.



Karyawan penjagaan kesihatan di hospital privet juga dinasihatkan untuk mengambil langkah itu, namun ia belum lagi diwajibkan bagi mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >