Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Covid-19: Dua kes baru masyarakat ahli keluarga kes terdahulu di Mowbray Road

Jan 18, 2021 | 11:41 PM

KEDUA-DUA kes Covid-19 dalam masyarakat yang disahkan pada Isnin (18 Jan) merupakan ahli keluarga kes terdahulu, iaitu kes 59365, seorang lelaki warga Singapura berusia 44 tahun yang bertugas sebagai pegawai pentadbiran di Pasukan Polis Singapura, di Mowbray Road. 

Salah satu daripada mereka ialah isteri lelaki tersebut, seorang suri rumah berusia 43 tahun.

Wanita itu mengalami selesema pada 10 Januari lalu, dan kemudian mengalami hilang deria rasa, sakit tekak dan cirit-birit pada 12 Januari namun tidak mendapatkan rawatan perubatan.

Beliau dihubungi Kementerian Kesihatan (MOH) pada 16 Januari sebagai sebahagian usaha penjejakan kontak bagi kes 59365 dan disahkan positif Covid-19 sehari kemudian.

Kes dalam masyarakat kedua yang disahkan pada Isnin pula melibatkan wanita warga Malaysia berusia 66 tahun yang merupakan anggota keluarga kes 59365.

Berita Popular

Wanita itu memegang pas lawatan jangka panjang dan telah berada di Singapura sejak Januari tahun lalu.

Beliau mengalami simptom jangkitan pernafasan akut (ARI) dan cirit-birit pada 9 Januari dan kemudian hilang deria rasa pada 14 Januari tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan.

MOH menghubunginya sebagai sebahagian usaha penjejakan kontak kes 59365 dan beliau disahkan positif pada 17 Januari.

MOH mengingatkan agar mereka yang tidak sihat, termasuk yang menunjukkan simptom awal atau ringan agar bersikap bertanggungjawab dan segera mendapatkan perhatian perubatan.

Kes 59365 telah menjangkiti Covid-19 daripada rakan kerjanya iaitu kes 59280. Kelompok itu kini mempunyai enam kes. 

Sebanyak 12 kes yang diimport turut disahkan pada Isnin.

Sementara itu, lagi 22 kes telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah 58,868 telah pulih sejauh ini.

Lagi 44 kes masih dirawat di hospital dan 186 diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.

Seramai 29 pesakit telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan Covid-19 sejauh ini. 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map