Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Covid-19: Dua kes masyarakat, kes terendah sejak 23 Feb

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19: Dua kes masyarakat, kes terendah sejak 23 Feb

Jun 10, 2021 | 05:30 AM

EMPAT kes baru Covid-19 dilaporkan sehingga 12 tengah hari semalam, termasuk dua kes dalam masyarakat.

Ini adalah jumlah terendah bagi kes Covid-19 di Singapura sejak 23 Februari di mana empat kes juga dilaporkan.

Satu daripada kes dalam masyarakat tiada hubungan, sementara satu lagi dikaitkan kepada kes lalu dan telah dikuarantin, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Tiada kes dilaporkan di dormitori pekerja migran.

Dua kes import juga dilaporkan - kededuanya warga Singapura atau Penduduk Tetap yang telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Empat kes Covid-19 baru ini menjadikan jumlah keseluruhan di Singapura 62,223 kes.

Kelmarin, semua kakitangan di kedai roti Four Leaves di cawangan Ion Orchard telah dikuarantin.

Cawangan itu ditutup sementara sebagai langkah berjaga-jaga, setelah pembantu jualan runcit, wanita warga Malaysia berusia 35 tahun, diuji positif bagi virus Covid-19.

Pesakit itu juga telah bekerja di cawangan AMK Hub pada akhir Mei, ketika menjalani latihan kerja.

Cawangan Four Leaves di sana juga ditutup untuk dibersihkan dan kakitangan di cawangan tersebut akan menjalani ujian swab sebagai langkah berjaga-jaga

Pengurus kanan rangkaian kedai roti itu, Encik Koji Tanabe dalam satu kenyataan semalam, berkata MOH telah memberitahu syarikatnya bahawa beliau tidak perlu kuarantin kakitangan di cawangan AMK Hub kerana sudah lebih 14 hari berlalu sejak wanita itu diuji positif.

Namun, Four Leaves telah menghentikan operasi di AMK Hub semalam untuk kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3