MENGAMBIL suhu badan dan duduk berjauhan daripada orang tersayang ketika menonton wayang di pawagam mungkin akan menjadi norma baru jika pawagam dibenarkan buka semula dan teruskan operasi.
Tempat hiburan di Singapura, termasuk pawagam dan kelab malam, menjangkakan norma baru itu setelah pelanggan dibenarkan semula ke tempat-tempat sedemikian pasca pemutus litar.
Ini berdasarkan apa yang telah dilakukan di negara-negara lain.
Pengendali pawagam seperti Shaw Theatres dan Golden Village (GV) berkata mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk melaksanakan langkah-langkah yang diperlukan setelah mereka dibenarkan buka semula, lapor The Straits Times.
Sementara itu, Shaw Theatres, yang mengendalikan sembilan pawagam, telah melakukan pembersihan kerap dan menyeluruh semasa tempoh pemutus litar.