EMPAT daripada 34 kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat tiada kaitan dengan kes sebelum ini, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Rabu malam (19 Mei).
Baki 30 kes pula berkaitan dengan kes yang dilaporkan sebelum ini.
Menyenaraikan empat kes yang tiada kaitan itu, MOH berkata mereka terdiri daripada:
1. Lelaki Singapura berusia 45 tahun yang bertugas sebagai pekerja pengiriman di Fairfield Book Publishers Pte Ltd.
2. Wanita Singapura berusia 24 tahun yang bekerja sebagai penolong jagaan asas di Hospital Alexandra.
3. Lelaki Singapura berusia 28 tahun yang bekerja sebagai jurutera di Patec Pte Ltd.
4. Lelaki Singapura berusia 45 tahun yang bertugas sebagai Duta Jarak Selamat yang dikerahkan ke pusat beli-belah Westgate. Beliau telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 pada 29 Mac disusuli suntikan kedua pada 25 April.