Covid-19: Great Eastern sumbang derma tambahan $265,000, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Covid-19: Great Eastern sumbang derma tambahan $265,000

Jun 08, 2020 | 10:45 AM

SYARIKAT insurans Great Eastern telah berjaya mengumpulkan tambahan derma berjumlah $265,000 untuk disalurkan ke Dana Masyarakat atau Community Chest, dalam usaha terkini syarikat itu yang diusahakan oleh kakitangan dan wakil kewangan. 

Sebelum ini ia telah menyalurkan $200,000 sebagai derma korporat kepada Dana Keberanian yang dikendalikan Dana Masyarakat pada awal Februari lalu.

Usaha mencari dana secara dalam talian bagi menangani kesan Covid-19 di bawah Dana Masyarakat Great Eastern Cares di wadah mengumpul derma Giving.sg - yang dibuat oleh Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional (NVPC) - telah dimulakan pada Mei lalu semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan  di sini. 

Melalui usaha sosial korporat Great Eastern Cares, syarikat ini membantu masyarakat yang terkesan akibatCovid-19, terutama keluarga berpendapatan rendah yang mungkin kehilangan mata pencarian dan sukar dalam menyara kehidupan mereka.

Wang derma yang diraih menerusi usaha seluruh syarikat bertujuan memberikan bantuan kepada penerima bantuan yang disokong oleh AWWA, Care Corner Singapore dan New Hope Community Services. 

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dana akan diberikan untuk memberikan sokongan penting dalam tempoh ini melalui penyediaan makanan panas, bekalan makanan, ubat-ubatan, tempat tinggal untuk mereka yang tiada tempat berteduh dan subsidi kesukaran untuk mereka yang terjejas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Great Eastern, Encik Khor Hock Seng, berkata: “Covid-19 telah memberi kesan besar ke atas kehidupan ramai orang. Sebagai Syarikat Kehidupan, kami percaya dapat melakukan peranan kami untuk menyokong masyarakat yang lebih luas yang menghadapi ketidakpastian dalam kehidupan. 

"Kami telah mengambil inisiatif untuk memenuhi keperluan pelanggan, pekerja dan rakan pengedar kami, dan masyarakat luas. Kami berharap usaha terbaru seluruh syarikat ini dapat membantu meringankan beban mereka yang terjejas dan memberikan sokongan pada masa-masa yang belum pernah terjadi sebelumnya. "

Syarikat Great Eastern juga telah memberikan bantuan tambahan kepada pelanggan di pasaran tempat ia beroperasi. 

Pada Februari lalu, ia mengikrarkan $1 juta menerusi Dana Jagaan Pelanggan Covid-19 untuk pelanggan di Singapura dan ahli keluarga mereka yang dimasukkan ke hospital kerana wabak tersebut. 

Syarikat ini terus mengembangkannya ke Program Bantuan Kewangan bernilai RM1 juta ($326,479) di Malaysia, Program Dana Penjagaan Korporat Rp10 miliar ($993,925) di Indonesia, dan pakej sokongan B$50,000 di Brunei untuk membantu pelanggan yang terjejas di negara masing-masing. 

Yang lain termasuk Program Penangguhan Pembayaran Premium di Singapura dan Malaysia misalnya, untuk memberikan tempoh penangguhan bagi pembayaran premium insurans hayat pelanggan untuk memastikan perlindungan polisi mereka terus tidak terganggu.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map