Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Hospital masyarakat Ang Mo Kio tidak izinkan pelawat selama sebulan mulai 22 September susuli tambahan kes masyarakat

Sep 22, 2021 | 12:01 AM



HOSPITAL Ang Mo Kio-Thye Hua Kwan (AMKH) melarang kebanyakan pengunjung mulai Rabu (22 September) hingga 21 Oktober dengan kes jangkitan Covid-19 harian dalam kalangan masyarakat terus meningkat.



Dalam kenyataannya di laman rasmi AMKH, hospital masyarakat itu berkata pengecualian bagaimanapun dibuat bagi orang tersayang pesakit yang kritikal atau mereka yang terdesak memerlukan sokongan pengasuh atau keperluan latihan.



Pengunjung yang dibenarkan hadir mesti mempunyai hasil ujian pantas antigen (Art) yang negatif atau ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) yang negatif dalam masa 24 jam sebelum lawatan dibuat. Ketetapan ini berkuatkuasa tanpa mengambil kira status vaksinasi pengunjung.



Mereka yang tergolong dalam salah satu atau lebih daripada kategori berikut tidak dibenarkan berkunjung ke hospital:



- Sesiapa yang telah menerima amaran atau pemberitahuan risiko kesihatan daripada Kementerian Kesihatan dalam masa dua minggu.



- Mereka yang tidak sihat dan mempunyai beberapa tanda jangkitan seperti demam, batuk, sesak nafas, hidung tersumbat atau berair, sakit tekak atau hilang deria menghidu.



- Sesiapa yang telah diberikan cuti sakit atau perintah kuarantin.



- Sesiapa dengan sejarah kembara dalam tempoh 14 hari lalu.



- Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.



AMKH berkata pesakit dan orang tersayang boleh kekal berhubung dalam talian sementara peraturan tidak mengizinkan pengunjung datang melawat dikuatkuasakan. Ini memandangkan akses Internet akan diberi kepada pesakit.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >