Covid-19: ICA batalkan pasport warga kerana langgar Notis Jangan Keluar Rumah, tindakan pertama kali, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:33
Maghrib
7:16
Isyak
8:29
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Covid-19: ICA batalkan pasport warga kerana langgar Notis Jangan Keluar Rumah, tindakan pertama kali

Mar 29, 2020 | 10:57 AM

Pasport seorang lelaki warga Singapura telah dibatalkan kerana melanggar peraturan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dalam tindakan pertama yang diambil oleh pihak berkuasa terhadap seorang warga.

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada  Ahad (29 Mac) berkata Encik Goh Illya Victor, 53, telah ke Batam, Indonesia dari Singapura pada 3 Mac.

Kira-kira dua minggu kemudian, pada 19 Mac, beliau kembali ke Singapura melalui Terminal Feri Tanah Merah dan diserahkan dengan notis itu. 

Tetapi dia kembali ke Indonesia pada hari yang sama, walaupun menerima SHN dan amaran dari pegawai ICA bahawa dia akan melanggar notis itu dan boleh menghadapi penalti.

Pada 24 Mac, beliau kembali ke Singapura melalui Pusat Peleseran Singapura dan diberikan notis kedua.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

ICA berkata Encik Goh menunjukkan "kelakuan yang tidak bertanggungjawab" kerana tidak mematuhi SHN pertama dan kemudian kembali ke Singapura pada Selasa.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map