Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Jangkitan semula tidak begitu serius berbanding jangkitan pertama

Nov 30, 2022 | 05:30 AM



JANGKITAN semula Covid-19 tidak begitu serius berbanding jangkitan kali pertama penyakit yang sama, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Dalam jawapannya kepada Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang), di Parlimen semalam, Encik Ong berkata kadar kematian kes jangkitan semula di Singapura adalah empat bagi setiap 100,000 kes, lebih rendah berbanding kes jangkitan kali pertama - 35 bagi setiap 100,000 kes.



Kadar penyakit yang teruk - mereka yang memerlukan oksigen tambahan, penjagaan rapi, atau kematian - adalah lebih rendah bagi jangkitan semula iaitu 232 bagi setiap 100,000 kes, berbanding jangkitan kali pertama - 282 bagi setiap 100,000 kes.



"Anggota (Parlimen) (Encik Yip) telah merujuk kepada satu kertas kajian Amerika Syarikat yang menurut laporan media, mendapati bahawa jangkitan kedua Covid-19 lebih teruk berbanding jangkitan kali pertama. Laporan media itu tidak jelas atau tepat.



"Kertas yang dipetik AP itu tidak membandingkan betapa teruk antara jangkitan pertama dengan jangkitan semula. Sebaliknya ia membandingkan hasil mereka yang dijangkiti Covid-19 kali pertama, berbanding mereka yang dijangkiti semula dua atau tiga kali.



"Dan tidak memeranjatkan kajian itu mendapati kemungkinan lebih ramai orang yang menghidap hasil kesihatan kurang baik selepas jangkitan Covid-19 berulang dua atau lebih banyak kali, berbanding mereka yang baru dijangkiti sekali," katanya.



Menurut Encik Ong apa yang orang ramai ingin tahu adalah sekiranya jangkitan semula lebih serius berbanding jangkitan kali pertama.



"Jawapannya tidak," tambah Encik Ong.



Encik Ong menambah bahawa data menunjukkan dengan mencapai perlindungan vaksinasi minimum - tiga dos mRNA atau empat dos Sinovac - merendahkan risiko penyakit serius, tidak kira jika ia jangkitan kali pertama atau jangkitan semula.



Sementara itu, Dr Lim Wee Kiat (GRC Sembawang) pula mengajukan soalan berkaitan jumlah kejadian gangguan sistem Teknologi Maklumat (IT) yang berlaku di institusi penjagaan kesihatan awam setempat sepanjang tiga tahun lalu.



Dalam jawapannya Encik Ong berkata pihaknya akan terus memantau desain dan reka bentuk sistem kementeriannya, serta melabur dalam kemampuan untuk memperkukuh daya tahan sistem IT dan mengurangkan gangguan.



Pihaknya juga sedang menyemak semula tempoh perhentian dan proses perniagaan bagi mengurangkan impak semasa gangguan berlaku.



"Institusi penjagaan kesihatan awam kami mempunyai pelan berterusan perniagaan yang dilaksanakan ketika berlaku kecemasan.



"Setiap pelan berterusan perniagaan institusi, disokong oleh huraian dengan fungsi yang sesuai, dan boleh digunakan sekiranya tiada aplikasi utama.



"Ini bagi membenarkan institusi penjagaan kesihatan awam untuk terus memberi perkhidmatan penjagaan pesakit," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >