Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Jumlah jangkitan kekal lebih 2,000 kes

Nov 10, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 2,470 kes baru Covid-19 dilaporkan kelmarin, turun daripada 2,553 kes pada hari sebelumnya.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata terdapat 2,307 jangkitan baru dalam masyarakat, 156 di dormitori pekerja migran dan tujuh kes import.



Seramai 355 individu berusia lebih 60 tahun merupakan sebahagian kes dalam masyarakat kelmarin, kata MOH.



Seramai 14 individu berusia antara 56 dengan 98 tahun juga telah meninggal dunia akibat komplikasi berkaitan Covid-19 kelmarin.



Kesemua mereka mempunyai masalah kesihatan lain sebelumnya, tambah MOH.



Kementerian itu berkata kadar pertumbuhan jangkitan mingguan ialah 0.84, meningkat daripada 0.81 pada hari sebelumnya.



Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan yang melebihi satu menunjukkan bahawa jumlah kes mingguan baharu Covid-19 masih meningkat.



Ini adalah hari keenam berturut-turut kadar itu berada di bawah satu sejak MOH mula melaporkan angka tersebut.



Jumlah kes Covid-19 di Singapura kini 220,803.



Jumlah kematian akibat komplikasi berkaitan virus itu pula 511.



Sementara itu, kadar penghunian keseluruhan unit jagaan rapi (ICU) kelmarin ialah 68.5 peratus, turun daripada 69.9 peratus pada hari sebelumnya, kata MOH.



Terdapat 1,725 pesakit di hospital, dan 301 pesakit yang memerlukan sokongan oksigen di wad biasa.



Seramai 62 pesakit berada dalam keadaan tidak stabil dan sedang dipantau di ICU.



Seramai 67 orang pula sakit teruk dan dirawat di ICU. Mereka memerlukan alat sokongan pernafasan.



MOH berkata Institut Kesihatan Mental (IMH) melaporkan tujuh kes baru kelmarin, menjadikan jumlah 397 kes dalam kelompok itu.



Daripada jumlah ini, 371 melibatkan pesakit dan 26 adalah kakitangan.



Kelompok lain di bawah pemantauan rapi ialah Rumah Penjagaan MWS di Yew Tee dengan empat kes baru, dan rumah Acacia, yang mempunyai tiga kes baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >