SECARA keseluruhan, jumlah kes masyarakat telah turun daripada purata sembilan kes sehari pada minggu sebelumnya kepada purata empat kes sehari pada minggu lalu.
Sementara itu, lagi 747 individu telah dibenar pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang sudah pulih dari Covid-19 sebanyak 33,458 orang.
Demikian menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini.
MOH berkata terdapat 212 kes yang disahkan yang masih berada di hospital, ramai daripada mereka berada dalam keadaan stabil atau semakin pulih.
Namun dua individu di hospital masih berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.
Lagi 7,918 individu yang disahkan positif Covid-19 telah diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.
Mereka mempunyai simptom ringan atau sihat tetapi didapati positif virus itu.
Seramai 26 daripada mereka telah meninggal dunia disebabkan komplikasi akibat infeksi Covid-19.
MOH juga berkata terdapat 142 kes baru hari ini melibatkan satu kes masyarakat dan 141 kes melibatkan mereka yang tinggal di asrama.