Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Jururawat Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit antara 3 kes masyarakat tiada kaitan

Jun 23, 2021 | 10:27 PM



TIGA daripada 13 kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat yang dikenal pasti pada Rabu (23 Jun) tiada kaitan dengan kes sebelum ini.



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu malam, mereka dikesan menerusi ujian pengawasan dan terdiri daripada:



* Lelaki Singapura berusia 81 tahun yang merupakan pesara. Beliau batuk pada 20 Jun dan digegaskan ke Hospital Besar Singapura (SGH) dalam ambulans apabila keadaanya kian teruk pada 21 Jun. Beliau sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 pertama pada 10 Jun.



* Wanita Singapura berusia 34 tahun yang bekerja sebagai jururawat di Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID). Beliau berinteraksi dengan pesakit Covid-19. Di tempat kerja, beliau menggunakan peralatan perlindungan peribadi penuh (PPE) termasuk pelitup N95, penghadang muka, gogel, gaun dan sarung tangan. Beliau mula selesema dan sakit tekak pada malam 21 Jun dan mendapatkan rawatan di klinik umum pada keesokan harinya. Beliau sudah menerima suntikan vaksin pada 29 Januari dan 20 Februari.



* Wanita Singapura berusia 69 tahun yang merupakan pesara. Beliau batuk dan selesema pada 21 Jun tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan. Beliau dikesan positif Covid-19 dalam ujian pengawasan masyarakat bagi penduduk daerah Redhill Close. Beliau menerima suntikan vaksin pada 18 April dan 16 Mei.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >