Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Jurutera sistem kes tunggal dalam masyarakat, antara 15 kes baru

Apr 21, 2021 | 10:18 PM



SEORANG jurutera sistem di Parkway Pantai dikenal pasti sebagai satu-satunya kes masyarakat jangkitan Covid-19 baru pada Rabu (21 April).



Menjelaskan demikian dalam kenyataannya pada Rabu malam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata lelaki berusia 39 tahun itu adalah Penduduk Tetap (PR) Singapura yang bertugas dari rumah dan tidak kembali ke pejabatnya.



Beliau berkunjung ke India mulai 9 Julai 2020 hingga 24 Januari 2021. Kembalinya beliau ke Singapura, tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dijalani di kemudahan khusus hingga 7 Februari.



Ujian yang dijalani pada 6 Februari sewaktu SHN didapati negatif Covid-19. Beliau juga tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan dan hanya dikesan dengan koronavirus selepas mengambil ujian prakeberangkatan Covid-19 pada 19 April sebagai persiapan bagi lawatannya ke India.



Hasil ujiannya didapati positif Covid-19 keesokan harinya. Beliau kemudian digegaskan ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit dengan ambulans. 



Tiada kes dormitori dikesan pada Rabu sementara 14 kes pula adalah kes import.



Menurut MOH, dua kes melibatkan PR Singapura yang kembali dari India manakala dua lagi kes adalah pemegang pas tanggungan dari India dan Amiriah Arab Bersatu (UAE). Satu kes pula adalah pemegang pas pelajar dari India.



Tujuh kes melibatkan pemegang pas kerja yang tiba dari India, Luxembourg, Nepal, Belanda, UAE dan United Kingdom. Satu kes pula adalah pembantu rumah asing yang memegang permit kerja dan tiba dari Indonesia. Baki satu kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari India bagi mengunjungi anggota keluarganya yang merupakan warga negara Singapura.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >