Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Jurutera sofwe antara 34 kes import baru

Jan 28, 2021 | 11:51 PM



SEORANG jurutera sofwe yang bertugas di Pacific International Lines Pte Ltd yang tiba ke Singapura dari India pada 27 Disember 2020 adalah antara 34 kes import jangkitan Covid-19 baru.



Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya pada Khamis malam (28 Januari) menjelaskan, pemegang pas kerja berusia 33 tahun itu menjalani tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) hingga 10 Januari 2021.



Ujian swab yang dikendalikan pada 7 Januari sewaktu SHN didapati negatif Covid-19. Beliau kemudian bekerja dari rumah antara 11 Januari dengan 21 Januari.



Pada 25 Januari, beliau terasa mual dan mendapatkan rawatan perubatan di klinik umum (GP) pada keesokan harinya. Kerana beliau juga mengalami batuk yang datang dan pergi serta sakit tekak, beliau diuji sekali lagi bagi Covid-19. Ujiannya disahkan positif pada 27 Januari.



Lelaki ini, buat masa ini, juga dikesan positif bagi strain virus mudah berjangkit B117. Ujian serologi bagi mengesan antibodi dalam darah juga positif, menandakan kemungkinan wujud jangkitan sebelum ini.



Melihat pada sejarah perjalanannya, MOH menyifatkan kes ini sebagai kes import.



Satu lagi kes import melibatkan pemegang permit kerja yang belum lagi mula bertugas sejak tiba di Singapura. Beliau yang tiba dari Bangladesh pada 6 Januari menjalani SHN di kemudahan khusus.



Ujian swab yang dijalani pada 17 Januari sewaktu tempoh SHN negatif Covid-19. Namun, pada 18 Januari, beliau dikuarantin dan diasingkan setelah dikenal pasti sebagai kontak penerbangan salah satu kes yang dikenal pasti.



Lelaki 31 tahun ini diuji pada 26 Januari walaupun beliau tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan. Beliau disahkan positif Covid-19 hasil ujian tersebut. Ujian serologi yang dijalani menunjukkan tanda awal beliau positif dengan jangkitan strain B117 dan menanti ujian pengesahan selanjutnya.



Sementara itu, terdapat tiga warga Singapura dan lima Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari Indonesia, Malaysia, Oman, Sri Lanka, Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat yang dikenal pasti sebagai kes import Covid-19 baru pada Khamis (28 Januari).



Dua pemegang pas tanggungan yang datang dari Bangladesh dan UAE, seorang pemegang pas lawatan jangka panjang yang datang dari India juga antara kes import baru.



Sementara itu, terdapat empat kes melibatkan pemegang pas kerja yang tiba dari India, Pakistan dan Romania. Sebanyak 16 pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India, Indonesia dan Malaysia juga positif koronavirus. Dari sejumlah itu, sembilan adalah pembantu rumah asing.



Tiga kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek dengan dua daripada mereka tiba dari Indonesia dan Amerika bagi projek kerja di Singapura. Baki satu kes pula tiba dari Indonesia bagi melawat anaknya yang merupakan warga Singapura.



Lagi 44 kes dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat menakala 40 kes masih dirawat di hospital dengan kebanyakan daripada mereka berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >