Covid-19: Katedral St Andrew's ditutup setelah satu kes disahkan
KATEDRAL St Andrew's telah ditutup setelah seorang anggotanya disahkan dijangkiti koronavirus Covid-19.
Kelmarin, notis telah diletakkan untuk memberitahu anggota gereja tersebut bahawa tempat ibadah itu akan ditutup bermula 11.59 malam pada Rabu hingga 11.59 malam pada 3 April untuk kerja-kerja pembersihan, lapor The Straits Times.
Gereja tersebut menambah bahawa lelaki yang disahkan positif Covid-19 itu telah menghadiri sesi bahasa Inggeris pada 9 pagi Ahad lalu di Cathedral New Sanctuary.
"Dia tidak mempunyai simptom penyakit dan lulus pemeriksaan pencegahan prasesi termasuk pemeriksaan kesihatan dan perjalanan, dan pemeriksaan suhu badan," kata pasukan pengurusan Covid-19 gereja tersebut.
Lelaki itu sedang dirawat di hospital.