Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Covid-19: Kebanyakan kes import baru datang ke S'pura atas urusan tugas

Setempat
27
0

Covid-19: Kebanyakan kes import baru datang ke S'pura atas urusan tugas

Dec 20, 2020 | 12:19 AM

SEMBILAN daripada 17 kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikesan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (19 Disember) datang ke Singapura bagi urusan kerja.

Menurut MOH dalam satu kenyataan Sabtu malam, lapan daripada kes baru ini merupakan pemegang permit kerja yang bertugas di sini dan datang dari Indonesia dan India.

Seorang lagi individu yang dijangkiti Covid-19 adalah pemegang pas lawatan jangka pendek berusia 54 tahun yang datang ke Singapura dari Malaysia bagi satu projek kerja.

Selain mereka, seorang warga Singapura dan dua Penduduk Tetap (PR) Singapura yang kembali ke sini dari United Kingdom, India dan Amerika Syarikat turut dikenal pasti sebagai kes import Covid-19 baru.

Dua kes lagi, MOH menambah, mempunyai sejarah perjalanan dari United Kingdom dan India. Mereka ke sini bagi melawat anggota keluarga mereka yang merupakan warga Singapura atau PR Singapura.

Baki tiga kes adalah kru kapal yang datang dari Indonesia. Mereka tidak turun dari kapal, diuji positif Covid-19 di situ dan langsung digegaskan ke hospital sejurus mendapat keputusan yang mengesahkan mereka positif Covid-19.

Tiada kes masyarakat dan dormitori dikesan MOH pada Sabtu.

Dalam perkembangan terkini, MOH sedang menyiasat 13 kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan mereka yang menjalani tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di Hotel Mandarin Orchard Singapore antara 22 Oktober dengan 11 November 2020.

Mereka disahkan menghidap Covid-19 antara 2 November dengan 11 November dan didapati memiliki persamaan genetik yang tinggi meskipun mengembara ke sini dari negara berbeza.

Daripada hasil siasatan awal MOH, tidak dapat dikecualikan kemungkinan jangkitan berlaku di Hotel Mandarin Orchard Singapore.

Sebanyak sembilan lagi kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Sebanyak 38 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3