Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Kelompok baru di CGH dengan 14 kes; 29 kes baru berkaitan kakitangan pusat tukaran bas

Sep 04, 2021 | 12:36 PM



KELOMPOK Covid-19 baru dikenal pasti di Hospital Besar Changi (CGH) dengan 11 kes baru, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (3 September).



Kelompok terkini CGH itu mempunyai 14 kes keseluruhannya yang berasingan daripada kelompok aktif awal dengan empat kes.



Terdapat 29 kes baru berkaitan dengan kakitangan di beberapa pusat tukaran bas, dengan jumlah keseluruhan kes kelompok ini mencecah 377 kes kini.



Kelompok Pusat Tukaran Bas Boon Lay mempunyai peningkatan paling cepat kepada 12 kes kini, menjadikan jumlah yang dijangkiti mencecah 87 individu.



Kelompok Pusat Tukaran Bas Toa Payoh yang mempunyai bilangan kes paling tinggi dalam kalangan kelompok pusat tukaran bas setempat pula bertambah sebanyak lapan kes, menjadikan jumlah yang dijangkiti di situ kini 115 kes.



Dalam pada itu, kelompok kes Pusat Tukaran Bas Clementi pula bertambah sebanyak empat kes dengan 29 kes kini.



Keseluruhannya terdapat 216 kes jangkitan Covid-19 baru dalam masyarakat dilaporkan pada Jumaat (3 September) di samping tiga kes import, menjadikan jumlah kes baru keseluruhannya mencecah 219 kes.



Terdapat 109 kes tiada kaitan yang dikesan atau lebih separuh daripada kes masyarakat pada Jumaat.



MOH, dalam kenyataannya, menjelaskan terdapat 59 kelompok aktif kini, dengan jumlah kes antara tiga dengan 1,155 jangkitan setiap satu.



Sejak pandemik Covid-19 bermula tahun lalu, terdapat 68,21o kes yang dilaporkan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >