Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Kelompok baru di dormitori Kaki Bukit, pemegang pas kerja warga Vietnam kes tunggal dalam masyarakat

Aug 23, 2020 | 11:44 PM



 



Satu kelompok jangkitan Covid-19 telah ditemui di sebuah dormitori di Kaki Bukit, kata Kementerian Kesihatan (MOH). 



Ini selepas satu kes jangkitan disahkan mempunyai kaitan dengan empat kes sebelum ini bagi membentuk satu kelompok baru di  Homestay Lodge, yang terletak di 39, Kaki Bukit Avenue 3.



Ia adalah antara 73 kes baru yang dikaitkan dengan pekerja asing tinggal di dormitori, yang disahkan pada Ahad (23 Ogos), daripada 87 kes baru.



MOH juga mengesahkan seorang lelaki warga Vietnam berusia 38 tahun yang memegang pas kerja, adalah satu-satunya kes jangkitan dalam masyarakat.  



Kes itu tidak mempunyai sebarang kaitan dan dikesan di bawah ujian masyarakat dipertingkatkan MOH bagi memeriksa semua individu berusia 13 tahun ke atas, yang mempunyai jangkitan pernafasan akut. 



13 kes diimport yang dikesan, sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di sini. 



Antaranya adalah lima penduduk tetap (PR) yang tiba dari India dan dua pemegang pas tanggungan, yang digajikan di sini dan tiba dari Filipina pada 11 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >