PENGESAHAN jangkitan Covid-19 seorang lelaki berusia 28 tahun semalam (Khamis, 23 Julai) membawa pada terbentuknya kelompok baru di Hab Pengangkutan Bersepadu Bukit Panjang di 15 Petir Road.
Lelaki yang dikenali sebagai Kes 49440 itu dikatakan pergi bertugas di Depoh Bas Ulu Pandan dan Hab Pengangkutan Bersepadu Bukit Panjang. Hasil ujian serologi atau serum darah yang dilakukan ke atasnya, kes ini dikatakan berkaitan dengan tiga kes yang dikenal pasti sebelum ini.