Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Kelompok baru di pusat dialisis NKF, 10 pesakit di ICU

Aug 09, 2021 | 11:27 PM



 





SATU kelompok Covid-19 di sebuah pusat  dialisis Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) di Boon Keng diumumkan pada malam Isnin (9 Ogos), menjadikan keseluruhan 131 kelompok aktif di sini.



Buat masa ini, 10 pesakit Covid-19 berada dalam keadaan tenat di unit jagaan rapi (ICU) dengan lagi 35 kes sakit serius sehingga memerlukan sokongan oksigen, kata Kementerian Kesihatan (MOH). 



Kali terakhir bilangan pesakit Covid-19 di ICU mencecah dua angka adalah pada Mei 2020.



Tujuh daripada 45 kes ini telah divaksin sepenuhnya dengan lima memerlukan sokongan oksigen dan dua berada di ICU. Mereka mempunyai keadaan perubatan lain, menurut MOH, sebelum dijangkiti Covid-19.



Keseluruhannya, ada 34 warga emas berusia lebih 60 tahun yang telah jatuh amat sakit, kata MOH. Dalam kumpulan ini, 28 belum divaksin sepenuhnya atau langsung belum divaksin.



Singapura merakamkan 69 kes Covid-19 dalam masyarakat pada 9 Ogos, termasuk 20 kes tidak berhubungan. Ada juga tiga kes diimport, menjadikan keseluruhan 72 kes baru.



Dormitori Weslite Juniper juga melaporkan lagi lapan kes baru pada hari yang sama, menambah saiz kelompok itu kepada 39 kes.



Kelompok di Pelabuhan Perikanan Jurong (JFP) juga bertambah dua kes, menjadikan keseluruhan 1,148 kes di sana.



Dalam pada itu, MOH juga berkata lebih 3.8 juta orang atau 70 peratus penduduk di sini telah divaksin sepenuhnya pada Ahad. Lebih 4.3 juta atau 79 peratus pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.



Sejumlah 131,497 dos vaksin Sinovac telah diberikan kepada 81,709 individu sehingga Ahad.



MOH berkata ada bukti berterusan vaksinasi boleh mencegah penyakit serius apabila seseorang dijangkiti Covid-19.



Dalam tempoh 28 hari lalu, 99 kes dalam masyarakat memerlukan sokongan oksigen, dimasukkan ke ICU atau meninggal dunia. Dalam kumpulan ini, 60 belum divaksin, sementara lagi 28 belum divaksin sepenuhnya. Sebelas kes telah divaksin sepenuhnya.



Bilangan kes baru dalam masyarakat jatuh daripada 835 kes dua minggu lalu kepada 526 kes pada minggu lalu. Dalam tempoh yang sama, bilangan kes tanpa hubungan berkurangan daripada 261 kepada 149 kes.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >