Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Kelompok jangkitan baru di Kasino MBS dengan 11 kes; 2 pasar di Clementi dan Whampoa ditutup sementara

Jul 22, 2021 | 01:29 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan dua kelompok jangkitan Covid-19 baru di pasar Clementi dan Whampoa yang berkaitan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong serta satu lagi kelompok baru di Kasino Marina Bay Sands pada Rabu (21 Julai).



Dalam kenyataannya, MOH berkata ia mengesan 22 kes Covid-19 dalam kalangan mereka yang bekerja atau mengunjungi pasar dan pusat makanan Clementi 448 dan 12 kes di Pasar Whampoa Drive.



Kedua-dua pasar akan ditutup kepada orang awam mulai Khamis (22 Julai) hingga 5 Ogos bagi memutuskan rantaian jangkitan dan bagi membolehkan premis ini dibersihkan secara rapi, tambah MOH.



Kini, terdapat 130 kes Covid-19 baru yang berkaitan dengan kelompok Pelabuhan Perikanan Jurong, menjadikan jumlah kes dalam kelompok itu mencecah 454 kes kini. Lapan kes baru pula berkait dengan kelompok KTV yang kini mempunyai 215 kes.



MOH menambah ujian Covid-19 percuma akan diberi kepada orang awam yang telah mengunjungi Pasar dan Pusat Makanan Clementi 448 serta Pasar dan Pusat Makanan Haig Road antara 7 Julai hingga Rabu.



MOH juga sedang bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) bagi mengedarkan kit uji diri ujian pantas antigen (ART) kepada individu yang telah mengunjungi pasar dan pusat makanan tertentu dalam tempoh 14 hari lalu.



Kit uji diri ART ini boleh diperolehi mulai Khamis hingga Jumaat di pusat jawatankuasa penduduk di kejiranan Pasar Whampoa Drive di 92 Whampoa Drive dan Pasar 726 West Coast di 726 West Coast Road.



MOH turut menambah terdapat 11 kes Covid-19 yang berkaitan dengan kelompok Kasino Marina Bay Sands dengan siasatan mendapati kemungkinan terdapat jangkitan yang berlanjutan di situ.



Kasino ini akan ditutup kepada orang awam dari Khamis hingga 5 Ogos.



MOH juga menambah ia akan mengendalikan operasi ujian khas buat semua kakitangan kasino ini. Ia juga akan melanjutkan ujian Covid-19 kepada orang awam yang mengunjungi Kasino Marina Bay Sands antara 7 Julai dengan Rabu.



Dalam pada itu, MOH sedang menyiasat kes Covid-19 dalam kalangan pelayan sosial yang kerap mengunjungi kelab KTV yang kini beroperasi sebagai premis makanan dan minuman serta kontak rapat mereka.



Menurutnya, kemungkinan wujud jangkitan berlanjutan di Sakura Entertainment di 517 Geylang Road.



Buat masa ini, terdapat 28 kelompok jangkitan aktif, yang mempunyai bilangan jangkitan antara tiga dengan 454 kes.



Singapura juga melaporkan sejumlah 181 kes Covid-19 baru pada Rabu, termasuk 179 kes dalam kalangan masyarkat dan dua kes import.



Terdapat 30 kes tanpa kaitan dengan kes masyarakat sebelum ini.



Secara keseluruhan, bilangan kes baru dalam kalangan masyarakat telah bertambah dari 88 kes dua minggu lalu kepada 766 kes minggu lalu.



Bilangan kes tanpa kaitan juga bertambah dari 14 kes dua minggu lalu kepada 82 kes minggu lalu.



Dalam pada itu, sekitar 6.83 juta dos vaksin Covid-19 telah ditadbir di bawah program vaksinasi nasional.



Sekitar 4.16 juta orang pula telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan sementara 2.79 juta orang pula telah penuhi rejim vaksin penuh dengan dua suntikan.



Dalam kalangan kes masyarakat, terdapat empat kes warga emas berusia 70 tahun yang belum menjalani vaksinasi dan berdepan dengan risiko penyakit serius.



Sebanyak 379 kes pesakit Covid-19 pula masih di hospital dengan kebanyakannya baik dan di bawah pemantauan. Mereka termasuk seorang dalam keadaan tenat di Unit Jagaan Rapi (ICU) dan tujuh lagi yang memerlukan sokongan oksigen.



Dalam tempoh 28 hari lalu, lapan pesakit dimasukkan ke ICU dan memerlukan sokongan oksigen atau meninggal dunia.



Dalam kalangan mereka, enam kes belum menjalani vaksinasi sementara dua lagi sudah menerima satu suntikan vaksin. Tiada yang sudah menjalani vaksinasi penuh,



Seramai 36 orang meninggal dunia kerana komplikasi Covid-19 sementara 15 kes yang diuji positif Covid-19 pula meninggal dunia kerana sebab lain.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >