Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Kelompok Unit K-9 Mowbray Road ditutup; hanya satu kes import baru dikesan

Feb 16, 2021 | 10:30 PM




KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) berkata kelompok jangkitan Covid-19 di Unit K-9 Pasukan Polis Singapura  Mowbray Road, yang bermula dengan pembantu doktor haiwan, telah ditutup. 




Ini memandangkan tiada kes dikaitkan lagi dengan kelompok Kes 59280 itu sepanjang 28  hari lalu, kata MOH pada Selasa malam (16 Feb).



Namun Singapura masih mempunyai tiga kelompok Covid-19 melibatkan 15 kes.



Sementara itu hanya satu kes disahkan pada Selasa - kes import melibatkan pemegang permit kerja yang datang dari Indonesia dan bekerja sebagai pembantu rumah asing.



Beliau dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura pada 2 Februari, dan diuji ketika menjalani SHN.



Ujian serologinya positif, menunjukkan kemungkinan jangkitan lalu.



Namun, memandangkan beliau tidak menjalani ujian serologi sebaik tiba di Singapura, MOH berkata ia tidak dapat menyatakan yang beliau tidak lagi berjangkit apabila tiba di sini.



"Sebagai langkah berjaga-jaga, kami akan mengambil semua tindakan keselamatan awam yang diperlukan," kata MOH.



Sementara itu, lagi 20 kes telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Secara keseluruhan, 59,661 pesakit telah sembuh daripada jangkitan Covid-19.



Lagi 30 kes sedang dirawat di hospital dengan satu dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit jagaan rapi.



Seramai 90 pesakit diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.



Sejauh ini, seramai 29 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >