Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Kemudahan rawatan masyarakat dipertingkat, yang pertama di S'pura, mula terima pesakit

Sep 23, 2021 | 03:38 PM



KUMPULAN pesakit pertama tiba di kemudahan rawatan masyarakat (CTF) yang dipertingkat bagi jangkitan Covid-19, yang pertama ditubuhkan di Singapura dan dibuka rasmi pada Khamis (23 September). 



Sekitar 11 pagi, tiga pesakit Covid-19 kelihatan keluar daripada kenderaan yang dipajak khas sekitar Tampines Street 22 yang merupakan lokasi kemudahan ini. 



Kakitangan yang menggunakan peralatan perlindungan peribadi (PPE) pula gigih menolak kerusi roda bagi dua pesakit ini, kedua-duanya wanita warga emas. Salah seorang daripada wanita itu menggunakan pelekat tampalan demam pada dahinya.



Pemandu tiga kenderaan ini juga menggunakan PPE. Jendela depan kereta mereka diturunkan.



Pesakit ketiga pula adalah seorang lelaki warga emas yang menyarung topi.



CTF yang ditempatkan di tapak Rumah Rawatan NTUC Health (Tampines) ini telah diubah fungsinya dan dilengkapi dengan 250 katil buat pesakit Covid-19 yang secara umum dalam keadaan baik tetapi mempunyai kondisi kesihatan yang memerlukan pemantauan rapi, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) di Facebook pada Rabu (23 September).



Pesakit ini terdiri daripada warga emas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung, kondisi membabitkan otak dan pernafasan. Penghuni rumah rawatan yang dijangkiti akan diberi keutamaan untuk memasuki kemudahan ini bagi mengelakkan jangkitan lanjutan di rumah rawatan berkenaan.



CTF yang dipertingkat akan membantu memastikan tampungan terhad di hospital dikhususkan hanya untuk pesakit Covid-19 yang memerlukan perhatian perubatan rapi dan khusus seperti sokongan oksigen atau jagaan intensif.



"Ini akan menambah kapasiti hospital dan membolehkan kami menyediakan rawatan bagi individu yang sakit teruk di hospital kami," tambah MOH dalam pos Facebook-nya.



Kemudahan Tampines itu sebelum ini dikenali sebagai kemudahan jagaan yang dipertingkat (CCF). Ia akan mempunyai kakitangan perubatan dan kejururawatan yang lebih ramai berbanding rumah rawatan biasa. CTF ini juga dilengkapi dengan alat pengawasan perubatan, jelas MOH.



Penduduk yang sedia ada kini di rumah rawatan NTUC Health telah dipindahkan ke cawangan lain.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >