Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Kes baru dalam masyarakat cecah 450, tertinggi sejak Ogos tahun lalu

Sep 11, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 664 kes pesakit Covid-19 masih dirawat di hospital, sedang jumlah kes jangkitan dalam masyarakat terus meningkat di sini.



Ini termasuk tujuh dalam keadaan kritikal dan 26 yang memerlukan bantuan oksigen, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) malam kelmarin.



Sementara itu, Singapura mencatatkan 457 kes jangkitan kelmarin, termasuk 450 kes masyarakat - yang tertinggi sejak Ogos tahun lalu.



Jumlah tersebut dua kali ganda kes yang dilaporkan pada 2 September iaitu sebanyak 191 kes.



Sebanyak 108 daripada kes masyarakat yang dilaporkan merupakan warga emas berusia 60 tahun ke atas.



Sehingga kelmarin, jumlah jangkitan Covid-19 di Singapura secara keseluruhan kini 70,039.



MOH mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 62 tahun meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, menjadikan jumlah kematian di Singapura akibat virus itu sebanyak 57 orang.



Lelaki itu disahkan positif Covid-19 pada 21 Julai.



Beliau dimasukkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) kerana penyakit yang tiada kaitan dengan Covid-19 pada 21 Julai dan mengalami penyakit lain seperti barah dan bronkiektasis, yang melibatkan saluran udara paru-paru dan lendir yang boleh menyebabkan jangkitan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >