Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Kes dalam masyarakat terus berkurang

Aug 09, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan 73 kes jangkitan Covid-19 baru dalam kalangan masyarakat sehingga 12 tengah hari semalam.



Dalam kenyataannya, MOH menjelaskan 43 kes berkaitan dengan kes sebelum ini dan sudah dikuarantin manakala sembilan kes pula berkaitan dengan kes terdahulu dan dikenal pasti menerusi pemantauan.



Sementara itu, 21 kes tiada kaitan dengan kes sebelum ini.



Dalam kalangan kes ini, lima daripadanya merupakan warga emas lebih 70 tahun yang belum menjalani vaksinasi atau baru menerima satu dos suntikan vaksin lantas berisiko menghidap penyakit serius.



MOH turut menambah baki lima kes adalah kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura.



Kesemuanya terdapat 78 kes Covid-19 baru di Singapura semalam.



Kelmarin, MOH mengesahkan kematian wanita berusia 80 tahun akibat komplikasi jangkitan Covid19.



Beliau dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng pada 23 Julai selepas diuji positif Covid-19.



Wanita ini belum menjalani vaksinasi dan mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan degupan jantung yang pantas.



Kes kematiannya adalah yang kelima dilaporkan dalam tempoh seminggu lalu.



Sehingga akhbar ini dicetak, terdapat 128 kelompok aktif dengan setiap satu mempunyai antara tiga dengan 1,143 kes jangkitan.



Sehingga 6 Ogos, 68 peratus penduduk sudah menjalani vaksinasi penuh di bawah proram vaksinasi nasional manakala 79 peratus penduduk pula mempunyai sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >