Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Kes masyarakat tunggal dikesan sebelum lawatan ke India

Mar 28, 2021 | 01:55 AM



SATU-SATUNYA kes Covid-19 dalam masyarakat pada Sabtu (27 Mac) melibatkan seorang penduduk tetap berusia 48 tahun yang dikesan apabila beliau menjalani ujian sebelum keberangkatan sebagai persiapan bagi lawatan ke India.


Beliau bekerja sebagai pembungkus makanan sambilan di Sheera di 5 Kaki Bukit Road 1, dan pekerjaannya tidak melibatkan interaksi dengan pelanggan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu.


Wanita itu, yang dikenali sebagai Kes 61205, telah ke India pada Mac tahun lalu dan pulang ke Singapura pada 11 Disember.


Beliau menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di sebuah kemudahan khas hingga 25 Disember dan ujian yang diambil pada 21 Disember adalah negatif.


Beliau tidak menunjukkan simptom, dan dikesan ketika menjalani ujian sebelum keberangkatan pada 25 Mac untuk satu lagi perjalanan ke India.


Ujiannya menunjukkan keputusan positif pada 26 Mac, dan beliau dihantar ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) menaiki ambulans.


Tetapi satu lagi ujian yang dijalankan oleh Makmal Kesihatan Awam Nasional pada 26 Mac menunjukkan keputusan negatif, dan keputusan ujian serologinya positif.


"Beliau mungkin memiliki sisa kecil RNA virus itu daripada jangkitan lepas, tetapi memandangkan kami tidak dapat mengesahkan dengan pasti bila beliau telah dijangkiti, kami akan mengambil semua tindakan kesihatan awam yang diperlukan sebagai langkah berjaga-jaga," kata MOH.


Sejumlah 23 kes koronavirus baru dilaporkan pada Sabtu menjadikan jumlah 60,288 jangkitan di Singapura sejauh ini.

Lagi 22 kes lain adalah kes yang diimport yang telah diberi SHN atau diasingkan sebaik tiba di Singapura, kata MOH.


Mereka termasuk seorang warga Singapura dan dua penduduk tetap yang pulang dari India dan Kazakhstan.


Sementara itu, lagi 10 kes telah sembuh, menjadikan jumlah 60,098 pesakit telah pulih sejauh ini.


Seramai 32 pesakit masih dirawat di hospital, termasuk satu dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi, manakala lagi 113 pesakit diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.


Sejumlah 30 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan Covid-19 sejauh ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >