KES jangkitan Covid-19 tunggal dalam masyarakat pada Khamis (5 Nov) melibatkan pemegang pas lawatan jangka pendek yang isterinya Penduduk Tetap (PR) Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Lelaki warga India, 39 tahun, itu tiba di Singapura pada 11 Oktober lalu dari Amerika Syarikat, dan diarah menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.
Dalam kenyataannya pada Khamis malam, MOH berkata lelaki itu mulanya diuji negatif semasa menjalani SHN di kemudahan khusus.