Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Kes tunggal dormitori baru libatkan pekerja binaan Bangladesh

Feb 10, 2021 | 11:05 PM



SEORANG pekerja binaan warga Bangladesh yang menetap di dormitori sekitar Bedok South Road adalah antara 15 kes jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti pada Rabu (10 Februari).



Dalam kenyataannya pada Rabu malam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, lelaki berusia 22 tahun itu tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan dan dikesan menghidap koronavirus apabila beliau diuji dalam Ujian Rutin Yang Dijadualkan (RRT) pada 7 Februari.



Hasil ujian yang dikumpulkan mengesahkan beliau positif Covid-19 pada 8 Februari. Pekerja ini dengan segera diasingkan.



Menurut MOH lagi, satu ujian individu turut dikendalikan ke atasnya pada 9 Februari. Hasilnya positif dan beliau kemudian dihantar ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dengan ambulans.



Ujian awal daripada RRT - yang terakhir pada 24 Januari - didapati negatif Covid-19. Hasil ujian serologinya positif tetapi MOH tidak dapat menolak bahawa ini adalah jangkitan baru.



Sebagai langkah berjaga-jaga, semua kontak rapat kes ini di dormitori dan tempat bekerjanya telah dikenakan perintah kuarantin.



Sementara itu, MOH turut mengesan 14 kes import pada Rabu. Satu kes adalah warga Singapura manakala dua kes pula merupakan Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang ke sini dari India, Malaysia dan United Kingdom.



Seorang pemegang pas tanggungan yang datang dari Amerika Syarikat serta dua pemegang pas kerja dari Brazil dan Russia turut didapati positif Covid-19.



Enam kes pula melibatkan pemegang permit kerja yang datang dari India, Indonesia, Myanmar dan Filipina. Empat daripada mereka adalah pembantu rumah asing.



Sementara itu, dua pemegang pas lawatan jangka pendek turut disahkan menghidap koronavirus.



Salah seorang daripadanya tiba dari Indonesia bagi mengunjungi anggota keluarganya yang merupakan warga Singapura.



Manakala seorang lagi tiba dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) bagi satu projek kerja di Singapura.



MOH menambah, lagi 20 kes pula dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Sebanyak 36 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.



Bagaimanapun, seorang daripada mereka pula berada dalam keadaan kritikal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >