Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Kes tunggal dormitori libatkan pekerja pengiriman Bangladesh

Feb 23, 2021 | 11:05 PM



SEORANG pekerja Bangladesh berusia 35 tahun yang menetap di dormitori sekitar Kranji Way adalah antara empat kes jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (23 Februari).



Dalam kenyataannya pada Selasa malam, MOH menjelaskan bahawa penolong pengiriman di Chng Woodworking Pte Ltd itu merupakan kes dormitori yang tiada kaitan dengan kes lain sebelum ini.



Tugas pekerja ini memerlukannya mengangkat barangan dan mengirimkannya ke tempat yang diperlukan tanpa perlu berinteraksi dengan pelanggan.



Beliau dikesan menghidap koronavirus apabila hasil ujian terkumpul Covid-19 yang dijalani pada 21 Februari sebagai sebahagian Ujian Rutin Yang Dijadualkan (RRT) disahkan positif Covid-19.



Ujian swab individu dikendalikan ke atasnya pada 22 Februari. Pekerja ini kemudian mula menampakkan tanda sakit tekak dan batuk pada hari yang sama.



Beliau disahkan positif Covid-19 pada 22 Februari dan dihantar ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) dengan ambulans.



Ujian awalnya daripada RRT - kali terakhir pada 7 Februari - didapati negatif Covid-19. Ujian serologinya negatif, menandakan kemungkinan wujud jangkitan baru.



MOH menambah, buat masa ini, siasatan epidemiologi sedang dijalankan.



Buat masa ini, semua kontak rapat kes ini yang dikenal pasti termasuk kontak di dormitori dan tempat kerjanya sudah diasingkan dan dikuarantin. Mereka akan diuji pada awal dan penghujung tempoh kuarantin agar MOH dapat mengesan kes tanpa tanda jangkitan.



Ujian serologi bagi kontak rapat ini juga akan dikendalikan bagi menentukan jika kes ini mungkin dijangkiti oleh mereka.



Dalam pada itu, tiga kes import yang dikesan pada Selasa melibatkan seorang pemegang pas kerja yang tiba dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan United Kingdom. Seorang lagi adalah pemegang permit kerja dari Filipina. Beliau adalah pembantu rumah asing.



Baki satu kes import adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba dari India bagi mengunjungi anggota keluarganya yang merupakan Penduduk Tetap (PR) Singapura.



Semua kes import ini sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura dan diuji sewaktu mereka menjalani SHN.



Sementara itu, tujuh lagi kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Sebanyak 19 kes pula masih dirawat di hospital, dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih. Satu kes bagaimanapun dalam keadaan kritikal di Unit Jagaan Rapi (ICU).



Sebanyak 82 kes pula diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat. Mereka menampakkan tanda jangkitan yang ringan, baik secara klinikal tetapi tetap diuji positif Covid-19.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >