Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Kes tunggal masyarakat libatkan kru kapal Indonesia

Apr 27, 2021 | 11:21 PM



SEORANG warga Indonesia dan kru kapal tangki minyak MT ALLI merupakan kes tunggal jangkitan Covid-19 dalam masyarakat yang baru dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Selasa (27 April).



MOH, dalam kenyataannya, berkata lelaki berusia 42 tahun itu tidak turun dari kapalnya kecuali ketika perlu menjalani vaksinasi Covid-19. Beliau dikenal pasti sebagai kontak dekat kes sebelum ini dan dikenakan kuarantin pada 18 April di sebuah kemudahan khusus.



Kru kapal ini diuji sewaktu kuarantin pada 19 April. Namun, hasil ujiannya negatif Covid-19. Beliau kemudian mula batuk dan sakit tekak pada 25 April dan melaporkan tanda-tanda jangkitan.



Keesokan harinya, lelaki ini dikejarkan ke Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID). Hasil ujiannya positif Covid-19. Ujian serologinya pula negatif.



Menurut MOH, kes ini menerima suntikan vaksin Covid-19 pertama pada 8 April. Memandangkan makan masa berminggu lamanya bagi seseorang individu membangun daya tahannya selepas tamat vaksinasi, kes ini mungkin dijangkiti sebelum diberi pelindungan menyusuli vaksinasi.



Tiada kes dormitori dilaporkan pada Selasa.



Dalam kalangan 11 kes import yang dilaporkan pula, satu melibatkan warga Singapura manakala tiga lagi adalah Penduduk Tetap (PR) Singapura yang baru pulang dari India, Ivory Coast dan Kazakhstan.



Dua kes pula adalah pemegang pas tanggungan dari Nepal. Empat orang pula adalah pemegang permit kerja dari India, Indonesia dan Malaysia, dengan seorang daripada mereka merupakan pembantu rumah asing.



Baki satu kes pula adalah pemegang pas pelajar yang tiba dari Malaysia. Semua kes import ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. Mereka diuji ketika menjalani SHN.



MOH menambah, lagi 22 kes telah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Keseluruhannya, 60,704 kes sudah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan ini dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan jagaan masyarakat.



Masih terdapat 108 kes yang masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >