Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Lagi 13 kes jangkitan baru disahkan di S’pura; 97 pesakit telah pulih

Mar 13, 2020 | 09:19 PM



SINGAPURA mengesahkan lagi 13 kes jangkitan koronavirus (Covid-19) baru hari ini (13 Mac), dengan sembilan daripadanya merupakan kes import dari luar negara.



Dua kes pula mempunyai kaitan dengan kes yang dilaporkan sebelum ini; satu kes adalah sebahagian daripada kelompok yang melibatkan majlis makan malam di Safra Jurong; dan satu lagi tiada kaitan dengan kes-kes terdahulu, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH).



Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan di Singapura sebanyak 200.



Sementara itu, seorang lagi pesakit telah pulih dan keluar hospital. 



Ini bermakna seramai 97 pesakit yang disah dijangkiti, secara keseluruhannya telah pulih dan keluar dari hospital.



MOH menambah bahawa kebanyakan pesakit daripada 103 kes disahkan yang masih di dalam hospital berada dalam keadaan stabil atau semakin beransur pulih.



Sebanyak 11 kes kini dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >