Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Lagi 14 kes jangkitan baru di S’pura, sebahagian besar kes import

Mar 15, 2020 | 10:39 PM



SINGAPURA melaporkan lagi 14 kes jangkitan koronavirus Covid-19 baru hari ini (15 Mac), dengan sembilan daripadanya merupakan kes import.



Dua lagi kes adalah sebahagian kelompok yang melibatkan majlis makan malam di Safra Jurong dan baki tiga kes mempunyai kaitan dengan kes-kes terdahulu, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH).



Dalam sembilan kes import itu, pesakit tersebut telah mengunjungi negara termasuk Indonesia, Thailand, Jerman, Czech Republic, Sepanyol, Perancis, Filipina, Amerika Syarikat dan Australia.



Keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Singapura kini berjumlah 226.



Sementara itu, sebanyak 105 kes jangkitan disahkan telah pulih dan keluar hospital.



Daripada 121 kes yang masih di hospital, kebanyakannya dalam keadaan stabil atau beransur pulih.



Sebanyak 13 kes kini dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >