Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Lagi 253 pulih, 2 kelompok ditutup

Jul 20, 2020 | 12:21 AM

DUA lagi kelompok jangkitan Covid-19 melibatkan asrama pekerja asing ditutup setelah tiada kes baru dikaitkan dengannya, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan lewat Ahad (19 Julai) malam.


Asrama di 3 Loyang Way 6 dan 216 Tagore Lane kini hanya menempatkan individu yang telah pulih atau mereka yang baru-baru ini disahkan negatif Covid-19.


Sehingga 12 tengah hari pada Ahad, lagi 253 kes Covid-19 telah pulih dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.


Ini menjadikan secara keseluruhan 44,086 kes telah pulih sejauh ini.


Masih ada 181 kes yang sedang dirawat di hospital dengan kebanyakan mereka berada dalam keadaan stabil. Tiada pesakit di unit jagaan rapi buat masa ini.


Seramai 3,618 pesakit pula sedang dijaga di kemudahan masyarakat.


Sebanyak 257 kes jangkitan baru telah disahkan sehingga 12 tengah hari pada Ahad, menjadikan jumlah 47,912 kes di Singapura sejauh ini. 


Kes baru ini termasuk lima yang diimport, terdiri daripada tiga warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR), satu pemegang Permit Kerja dan satu pemegang Pas Tanggungan.


Sebanyak lapan kes dalam masyarakat turut disahkan, terdiri daripada dua warga Singapura, satu pemegang Pas Kerja dan lima pemegang Permit Kerja.


Tiga daripada kes itu telah dikaitkan dengan kelompok atau kes terdahulu manakala baki lima tidak berkait buat masa ini. 

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >