Covid-19: Langkah diperketat bagi cegah jangkitan semula pekerja migran, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Covid-19: Langkah diperketat bagi cegah jangkitan semula pekerja migran

Apr 23, 2021 | 05:30 AM

LANGKAH keselamatan akan diperketat bagi mencegah jangkitan semula Covid-19 dalam kalangan pekerja migran di Singapura, selepas 17 pekerja migran yang sudah pulih di Dormitori Westlite Woodlands didapati positif.

Ini antara beberapa langkah yang diambil pemerintah bagi mencegah jangkitan di sini, termasuk memperketat kawalan di sempadan bagi pelawat dari India, sedang bilangan kes melonjak di negara itu dan varian Covid-19 baru dikesan di serata dunia.

Mulai 29 April, pekerja migran menetap di dormitori yang pulih daripada jangkitan dan pekerja dalam sektor binaan, marin dan pemprosesan (CMP) akan disertakan dalam Ujian Rutin Berjadual (RRT) 270 hari selepas tarikh jangkitan.

Jika disifatkan sebagai kontak rapat kepada kes Covid-19, mereka juga akan dikuarantin bagi mengenal pasti potensi jangkitan semula dan mengurangkan risiko penularan, umum Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 dalam satu sidang media semalam.

Sebelum ini, pekerja yang sembuh tidak perlu menjalani RRT. Sekatan sempadan dengan India juga akan dipertingkatkan, memandangkan ramai pekerja baru dari India adalah pekerja dalam CMP.

Discover Malay Home Based Businesses

Mulai 11.59 malam ini, semua pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek yang mempunyai sejarah perjalanan, termasuk transit ke India dalam 14 hari terakhir tidak akan dibenarkan masuk atau transit ke Singapura.

Semua pelawat yang mempunyai sejarah perjalanan ke India yang belum lagi menyelesaikan notis jangan keluar rumah (SHN) mereka selama 14 hari menjelang 11.59 malam ini, akan perlu menjalani SHN tambahan selama tujuh hari di kemudahan SHN dikhususkan.

Semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ia telah mengesan lapan kes setempat melibatkan varian Covid-19. Tujuh kes ini adalah varian B117 dan satu lagi adalah varian B1351.

Menteri Kedua Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata dengan kemunculan varian baru di dunia, Singapura akan mengetatkan semua langkah kesihatan awam berkaitan dengan pekerja migran dengan serta-merta.

"Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah memantau rapat keadaan pekerja yang sudah sembuh. Bukti saintifik terkini daripada mereka sudah sembuh hampir setahun daripada tarikh jangkitan, menunjukkan kemungkinan kadar antibodi merosot," ujarnya.

Justeru, langkah mengetatkan rejim ujian bagi semua pekerja sembuh dan sektor CMP, akan membolehkan campur tangan lebih cepat dan meningkatkan langkah bagi mengawal sebarang jangkitan dikesan, tambah Dr Tan.

Menteri Pendidikan Lawrence Wong, yang juga pengerusi bersama MTF, akur langkah terkini akan menjejas beberapa sektor, khususnya CMP dan binaan.

"Justeru pemerintah akan meneliti langkah sokongan tambahan untuk menolong syarikat ini...kami akan umumkannya bila sudah siap nanti," ujar beliau sambil menambah beberapa projek tertentu juga akan tertangguh.

LAPORAN LANJUT: Pemegang pas jangka panjang, pelawat dari India tidak dibenar masuk, transit di S'pura

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map