Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Latihan dalam kem ditunda, IPPT bagi askar kerahan digantung hingga 13 Jun susuli tambahan kes masyarakat di S'pura

May 18, 2021 | 04:25 PM



SESI latihan dalam kem bagi askar kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) telah ditunda manakala ujian kecekapan fizikal individu (IPPT) serta latihan kecergasan lain pula digantung serta-merta hingga 13 Jun, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Selasa (18 Mei).



Langkah-langkah ini bertujuan melindungi kesihatan dan kesejahteraan askar kerahan di samping mengekalkan kesediaan operasi mereka dalam keadaan pandemik Covid-19 ini masih menular, tambah Mindef dalam kenyataannya.



Pengumuman ini dibuat menyusuli langkah lebih ketat mengekang kegiatan membabitkan perhimpunan ramai yang berkuat kuasa pada Ahad (16 Mei) dan berlangsung selama sebulan.



Ini termasuk tidak membenarkan pelanggan makan di premis makan dan minum serta menghadkan kumpulan sosial kepada dua orang sahaja. Langkah-langkah keselamatan ini dibuat menyusuli tambahan kes masyarkat sejak beberapa minggu ini.



Menurut Mindef, hanya latihan dalam kem yang dirasakan perlu bagi operasi akan diteruskan.



Pusat penyesuaian kecergasan (FCC) akan ditutup manakala Latihan Peningkatan Kecergasan (FIT) Perkhidmatan Negara bagi IPPT di FCC, gimnasium Safra dan lokasi awam pula dihentikan.



Hasil pemeriksaan akhbar The Straits Times mendapati sesi Fit NS dan IPPT tidak boleh ditempah hingga selepas 14 Jun.



Acara berskala besar pula akan dibatalkan, ditunda atau dikurangkan bilangan pesertanya, tambah Mindef.



Bagaimanapun, kegiatan yang penting bagi pembangunan unit operasi akan diteruskan dengan langkah pengurusan selamat lebih ketat diperkenalkan.



Mindef menambah, program vaksinasi bagi pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pula menampakkan kemajuan mantap dengan kebanyakan angkatan aktif dijadualkan menjalani vaksinasi menjelang pertengahan tahun ini.



"Sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, SAF telah mengenalkan ujian swab bagi anggota Perkhidmatan Negara yang menjalani latihan pada Mei, begitu juga jurulatih mereka, bagi memastikan Latihan Ketenteraan Asas boleh dikendalikan secara selamat. Langkah-langkah ini akan diteruskan.



"SAF akan terus mengawasi situasi Covid-19 ini dan menyemak langkah yang ada bagi memastikan anggota Perkhidmatan Negara selamat," katanya.



Pada April tahun lalu, latihan dalam kem dan IPPT juga ditunda sedang Singapura melaksanakan tempoh pemutus rantaian jangkitan Covid-19 di mana kebanyakan tempat kerja ditutup, makan di premis seperti kafe dan restoran dilarang serta sekolah pula beralih pada pembelajaran di rumah.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >