Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

COVID-19 DI SINGAPURA

Covid-19: Lebih 1,000 kes baru buat hari ketujuh berturut-turut

Sep 29, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN kes jangkitan Covid-19 baru yang dilaporkan di Singapura kini melepasi lebih 1,000 kes buat hari ketujuh berturut-turut kelmarin.



Ini setelah Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan sebanyak 1,647 kes Covid-19 baru.



Sekiranya trend ini berterusan, bilangan kes di sini dijangka melebihi 90,000 kes, sedang jumlah kes yang dilaporkan di Singapura sudahpun mencecah 89,539 kes sejauh ini.



Daripada kes jangkitan baru kelmarin, 1,280 merupakan kes dalam masyarakat dan 362 adalah penghuni asrama.



Baki lima adalah kes import. Mereka diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba mereka di Singapura.



Empat kes daripada kes import itu dikesan setiba mereka di sini manakala seorang didapati dijangkiti sewaktu menjalani SHN atau ketika diasingkan.



Dua orang - seorang wanita warga Singapura berusia 80 tahun dan seorang lelaki warga Singapura berusia 74 tahun - juga meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19.



Kematian mereka menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 di Singapura mencapai 80.



Kedua-dua mereka telah divaksin tetapi mempunyai kondisi perubatan yang membuat mereka lebih rentan.



Bilangan kematian pada bulan ini kini 25 kes - melebihi 18 kematian bulan lalu.



Dalam kalangan kes setempat itu kelmarin, 335 merupakan warga emas berusia lebih 60 tahun.



MOH berkata satu lagi kes baru telah ditambah pada kelompok Pusat Borong Pasir Panjang (PPWC) kelmarin.



Jumlah kes yang dikesan daripada kelompok tersebut kini mencecah 82 kes, dan penularan dilaporkan berlaku di kalangan pekerja dan pengunjung perdagangan.



Daripada 82 kes tersebut, 76 merupakan pekerja di pasar, tiga adalah pelawat perdagangan dan tiga daripadanya adalah kes isi rumah, menurut MOH lagi, sambil menambah bahawa pesakit baru telah dikuarantin.



Berikutan penutupan Pusat Borong Pasir Panjang (PPWC) buat sementara, pengendali pasar-pasar raya di sini sebelum ini memberi jaminan kepada pelanggan bahawa terdapat stok buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi dan mengingatkan orang ramai untuk hanya membeli apa yang mereka perlukan.



PPWC ditutup selama tiga hari untuk kerja-kerja pembersihan dan nyah jangkitan.



Sementara itu, satu kes baru dimasukkan ke dalam kelompok di Pusat Pendidikan LearnJoy, sebuah pusat tuisyen di Bedok, yang menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam kelompok itu mencapai 18.



Tiga kes pula ditambahkan dalam kelompok di My Little Campus - sebuah prasekolah di Yishun - yang kini mempunyai 47 kes.



Sementara itu, MOH melaporkan sebanyak 1,288 kes kini sedang dirawat di hospital, naik dari 1,203 pada Ahad.



Seramai 194 daripada mereka memerlukan sokongan oksigen dan 27 pesakit berada dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU).



Terdapat juga 27 pesakit dalam keadaan kritikal di unit jagaan rapi (ICU), turun daripada 30 pesakit pada Ahad lalu.



Dalam kalangan mereka yang sakit teruk, 185 daripadanya berusia lebih 60 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >