SEBUAH program yang membenarkan pesakit Covid-19 yang telah divaksin sepenuhnya dan hanya menunjukkan simptom ringan pulih di rumah akan dilanjutkan menjadi aturan jagaan asas bagi lebih ramai pesakit, bermula minggu depan.
Pesakit lebih muda akan dibolehkan berbuat demikian, dan selanjutya pesakit lebih tua sehingga usia 50 tahun.
Berdasarkan perangkaan pada masa ini, sekitar separuh daripada kes Covid-19 di sini boleh dimasukkan dalam program tersebut.
Ibu bapa yang mempunyai anak berusia lima tahun dan ke atas yang dijangkiti Covid-19 juga kini digalakkan untuk membawa anak-anak mereka pulang untuk pulih dirumah. Ini jika mereka dibenarkan oleh hospital.
Langkah ini diambil selepas pihak berkuasa menjalankan tempoh ujian dengan berjaya sejak 30 Ogos lalu, yang merangkumi 21 pesakit.
Antara kumpulan ini, sembilan telah dibenarkan pulang, sementara baki anggota berada dalam keadaan sihat, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (10 September)
“Memandangkan hasil ujian yang menggalakkan, kami akan melanjutkan pemulihan di rumah sebagai protokol pengurusan penjagaan asas bagi lebih ramai individu yang telah divaksin sepenuhnya, bermula 15 September,” kata MOH.