Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Lelaki 79 tahun meninggal; 10 kelompok baru dikesan

Aug 05, 2021 | 11:16 PM



SEORANG lelaki Singapura berusia 79 tahun meninggal dunia kerana komplikasi Covid-19 pada Rabu (4 Ogos).



Dalam kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (5 Ogos), didedahkan bahawa lelaki berkenaan mendapatkan rawatan perubatan di Hospital Besar Sengkang pada 4 Ogos kerana sesak nafas dan tekanan darah rendah.



Beliau disahkan menghidap Covid-19 pada hari yang sama dan belum menjalani vaksinasi. Beliau juga mempunyai sejarah sakit jantung, penyakit penghalang pulmonari kronis dan tekanan darah tinggi.



Secara keseluruhannya, MOH menjelaskan 40 kes kematian berpunca dari komplikasi Covid-19 dilaporkan di Singapura.



Menurut MOH lagi, terdapat bukti berterusan bahawa vaksinasi membantu mengelakkan daripada berlakunya penyakit serius jika seseorang itu dijangkiti. Dalam tempoh 28 hari lalu, 80 kes masyarakat yang memerlukan bantuan oksigen dilaporkan, dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU) atau meninggal dunia.



Seramai 48 kes belum menjalani vaksinasi manakala 24 kes pula baru menerima suntikan pertama vaksin. Lapan kes pula sudah menerima vaksinasi penuh.



Terdapat 10 kelompok baru jangkitan Covid-19 yang dikenal pasti pada Khamis, menjadikan jumlah kelompok aktif di sini kini sebanyak 122 dengan setiap satu mempunyai antara tiga hingga 1,127 kes jangkitan.



Kesemua kelompok baru ini berkait dengan kes orang-perseorangan.



MOH mengesan 98 kes Covid-19 baru pada Khamis, dengan 96 kes merupakan dalam kalangan masyarakat manakala baki dua kes pula merupakan kes import.



Sebanyak 577 kes masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan baik dan dipantau. Terdapat 40 kes yang masih memerlukan sokongan oksigen dengan lapan dalam keadaan tenat di ICU.



Tujuh daripada 48 kes ini sudah menjalani vaksinasi penuh. Daripada jumlah ini, lima kes memerlukan sokongan oksigen manakala dua lagi memerlukan jagaan ICU kerana keadaan perubatan lain.



Dalam kalangan mereka, 36 warga emas berusia lebih 60 tahun, dengan 31 orang belum menjalani vaksinasi penuh atau menerima hanya satu suntikan, mengalami sakit serius.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >