Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Lelaki Belanda yang ke S'pura bagi projek kerja kapal antara 14 kes import baru

Feb 14, 2021 | 10:43 PM



SEORANG lelaki warga Belanda yang memiliki pas lawatan jangka pendek dan menjalankan projek kerja di Singapura adalah antara 14 kes import jangkitan Covid-19 yang baru dikenal pasti.



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Ahad malam (14 Februari), pemuda berusia 28 tahun itu datang dari Belanda pada 10 Februari dan didapati negatif Covid-19 setibanya di Singapura.



Beliau kemudian menjalani jadual kerja yang dikawal dan hanya tertumpu dan terbatas pada tempat kerjanya di kapal yang berlabuh di Singapura mahupun tempat penginapannya di sini.



Namun, keadaannya disahkan positif Covid-19 setelah diuji sekali lagi pada 12 Februari mengikut ketetapan ujian tetap buat pengembara.



Menurut MOH, beliau tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan ketika diuji tetapi demam pada 13 Februari.



Ujian serologinya negatif, menandakan kemungkinan ada jangkitan baru. Melihat pada sejarah perjalanan terkininya, MOH menyifatkan kes ini sebagai kes import.



Selain kes ini, terdapat dua kes melibatkan Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari India dan Malaysia. Satu kes pula merupakan pemegang pas lawatan jangka panjang yang tiba dari United Kingdom.



Lapan kes pula adalah pemegang permit kerja yang datang dari Indonesia, Jepun dan Myanmar. Lima daripada mereka adalah pembantu rumah asing.



Sementara itu, baki dua kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek. Mereka datang dari India bagi mengunjungi anggota keluarga yang merupakan PR Singapura.



Sebanyak 17 kes lagi dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat manakala 32 kes pula masih dirawat di hospital. Kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih. Seorang pesakit bagaimanapun dalam keadaan kritikal.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >