Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Lelaki S'pura 22 tahun dari UK antara 13 kes import baru

Feb 26, 2021 | 11:39 PM



SEORANG lelaki Singapura berusia 22 tahun yang kembali ke sini dari United Kingdom adalah antara 13 kes import jangkitan Covid-19 baru yang dikesan pada Jumaat (26 Februari).



Selain beliau, empat kes lain melibatkan Penduduk Tetap (PR) Singapura yang kembali dari India.



Menjelaskan demikian dalam kenyataan pada Jumaat malam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, turut dikenal pasti positif Covid-19 adalah pemegang pas tanggungan dengan sejarah perjalanan dari Myanmar.



Seorang pemegang pas lawatan jangka panjang yang tiba dari India serta pemegang pas kerja dari Myanmar juga antara kes Covid-19 baru.



Baki lima kes pula adalah pemegang permit kerja dari Indonesia, Malaysia dan Filipina. Empat daripada mereka merupakan pembantu rumah asing.



Semua kes ini sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura. Mereka diuji dalam tempoh SHN.



Tiada kes masyarakat atau dormitori dikesan pada Jumaat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >