KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) mengesahkan sebanyak lima kes jangkitan baru tempatan sehingga tengah hari Sabtu. (24Apr)
Berdasarkan siasatan kementerian itu sejauh ini, semua kes merupakan kes dalam masyarakat, dan tiada kes baru di asrama pekerja hijrahan.
Semua lima kes itu telah diletakkan di bawah kuarantin sebelum ini. Empat daripadanya mempunyai kaitan dengan kes sebelumnya.
Selain itu, terdapat 18 kes import dan kesemuanya telah diletakkan di bawah notis jangan keluar rumah (SHN) atau diasingkan semasa tiba di Singapura.
Secara keseluruhan terdapat 23 kes jangkitan baru Covid-19 di sini.
MOH akan memberi butiran lanjut mengenai kes baru malam nanti.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
Covid-19: Lima kes tempatan, 18 kes import dilaporkan
Apr 24, 2021 | 05:16 PM