Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Makan luar bersama, perhimpunan kembali pada 2 orang sahaja mulai 27 Sept, dengan kes harian mungkin lonjak cecah 3,200 kes minggu depan

Sep 24, 2021 | 07:08 PM



MULAI Isnin (27 September), orang ramai hanya dibenarkan berhimpun dalam kumpulan seramai dua orang apabila Singapura memperketat sekatan bagi memperlahankan peningkatan eksponen dalam kes Covid-19.



Langkah selama sebulan ini berkuatkuasa hingga 25 Oktober dengan ianya disemak dalam masa dua minggu dan diubah suai mengikut keadaan masyarakat.



Keputusan berat ini perlu bagi mengelakkan peningkatan mendadak kes jangkitan ini membebani sistem jagaan kesihatan lantas memerlukan masa bagi mempertingkat  khidmat jagaan di rumah dan pemulihan di rumah pula, kata Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Encik Gan Kim Yong pada Jumaat (24 September).



"Saya tahu ramai warga Singapura dan perniagaan akan kecewa dengan pengumuman hari ini. Saya ingin memberi jaminan kepada anda bahawa Singapura kekal komited pada usaha membuka semula ekonominya," kata Encik Gan, pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian bagi menangani pandemik Covid-19.



"Perjalanan ini mungkin mengambil masa lebih panjang lagi agar kita dapat melakukannya secara selamat. Kami memohon kesabaran dan sokongan anda sedang kami mengubahsuai respons kami bagi merentasi gelombang ini dan gelombang mendatang jangkitan Covid-19," ujarnya.



Singapura melaporkan 1,500 kes baru pada Khamis. Ia boleh bertambah seganda hingga 3,200 kes menjelang minggu depan jika trend kini berterusan.



Singapura sedang mengusahakan rancangannya menangani 5,000 kes sehari, jelas Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Singapura kali terakhir melonggarkan sekatan enam minggu lalu apabila individu yang sudah lengkap divaksin dibenarkan makan bersama di luar dalam kumpulan sehingga lima orang.



Pada masa itu, jumlah harian kes baru di bawah 100 kes sehari.



Di bawah ketetapan baru, kebanyakan tempat makan boleh mengambil hingga dua pelanggan yang lengkap divaksin dalam sesebuah kumpulan.



Pengecualian adalah bagi pusat makanan dan kedai kopi, di mana dua orang boleh makan bersama tanpa mengira status vaksinasi mereka.



Bekerja dari rumah akan menjadi aturan yang diutamakan bagi sebulan mendatang ini dengan mereka yang tidak mampu berbuat demikian digalakkan menguji diri mereka setiap minggu.



Di sidang media pada Jumaat, Encik Ong juga mengulas tentang rasa tidak senang yang wujud mengenai program pemulihan di rumah, selepas beberapa orang melahirkan kebingitan mereka di media sosial, sambil mengatakan mereka tidak boleh menghubungi sesiapa bagi mendapatkan nasihat tentang situasi khusus.



Kementerian Kesihatan (MOH) kini menerima sokongan daripada Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang telah menyalur sumber dan keupayaan mereka.



Sekitar 1,200 katil akan ditambah di kemudahan rawatan masyarakat baru bagi mereka yang tidak sakit teruk tetapi mempunyai kondisi yang tersembunyi.



Ini akan membolehkan masalah penantian mendapatkan katil dan rawatan di kemudahan itu dihuraikan.



Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, juga mengumumkan pakej sokongan $650 juta, terdiri daripada subsidi Skim Bantuan Pekerjaan, pengecualian sewa dan bantuan buat pemandu teksi dan kereta sewa privet, yang akan diagihkan bagi membantu perniagaan yang terjejas oleh sekatan terkini ini.



Tiada rancangan mengambil dari rizab sebelum ini.



Encik Wong menambah pendekatan Singapura dalam mengenalkan sekatan terkini ini adalah lebih disasarkan.



Sebagai contoh, had kapasiti bagi acara besar melibatkan hanya hadirin yang sudah lengkap divaksin kekal tidak diubah dengan 1,000 hadirin dibenarkan.



Ini adalah kerana acara sebegini membawa risiko rendah dan tidak menyebabkan terbentuknya kelompok jangkitan besar.



"Kami tidak menjangkakan bilangan kes akan turun langsung. Malahan, ia akan terus bertambah. Namun, mudah-mudahan pada kadar lebih perlahan daripada sebelum ini agar kita dapat mengharungi gelombang Covid-19 ini tanpa terlalu membebani di luar kemampuan sistem jagaan kesihatan kita," ujarnya.



Namun, selepas gelombang jangkitan kini berlalu, Singapura kemungkinan melihat angka kes stabil pada kadar lebih tinggi daripada yang sebelumnya.



"Kita tidak akan kembali pada senario kes harian yang rendah lagi. Ia tidak mungkin berlaku kerana kita menghala ke depan dan belajar untuk hidup dengan virus ini dan kita akan teruskan rancangan membuka semula ekonomi," tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >