Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Covid-19: Makan luar tidak dibenarkan, hanya dua tetamu ke setiap rumah bermula 16 Mei

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Covid-19: Makan luar tidak dibenarkan, hanya dua tetamu ke setiap rumah bermula 16 Mei

May 14, 2021 | 01:41 PM

MULAI Ahad (16 Mei) hingga 13 Jun, makan di luar tidak lagi dibenarkan dan orang ramai hanya dibenarkan keluar berjalan dalam kumpulan dua orang, sedang Singapura mengetatkan sekatan Covid-19 bagi membendung penularan kes, terutama yang tidak berkait, dalam masyarakat.

Setiap isi rumah hanya boleh menerima dua pengunjung sehari, turun daripada lima kini.

Orang ramai juga digalak mengehadkan perhimpunan sosial ke dua sehari.

Tempat makan dan pusat penjaja hanya akan menawarkan khidmat penghantaran dan pembelian makanan bungkus dalam tempoh ini untuk mengurangkan risiko penyebaran, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat.

Bekerja dari rumah akan kembali diamalkan di tempat kerja, dan majikan harus memastikan yang kakitangan yang boleh bekerja dari rumah melakukan demikian.

Solat berjemaah boleh diteruskan dengan had lebih rendah seramai 50 orang pada satu-satu masa, atau hingga 100 orang dengan pengujian sebelum acara.

Bercakap di satu sidang media maya, Menteri Pendidikan Encik Lawrence Wong berkata langkah lebih ketat diperlukan kerana ramai orang awam telah mengunjungi Lapangan Terbang Changi dalam beberapa minggu lalu, dengan segelintir di kalangan mereka kemudian dijangkiti.

Beliau berkata apa yang dikhuatiri adalah mungkin terdapat kes tersembunyi yang telah merebak ke masyarakat dan menambah kes tidak berkait telah meningkat.

Buat masa ini terdapat 46 kes dalam kelompok Lapangan Terbang Changi, menjadikannya kelompok aktif paling besar di Singapura.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3