Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Masjid Hajjah Fatimah, Masjid Al-Falah ditutup sehari pada 29 April

Apr 29, 2021 | 01:52 PM



Masjid Hajjah Fatimah di Beach Road dan Masjid Al-Falah di Orchard Road akan ditutup sehari bagi kerja pembersihan dan pembasmian kuman pada Khamis (29 April), menjadikan tiga masjid yang ditutup pada hari yang sama.



Ini selepas seorang individu yang mengunjungi masjid-masjid itu telah diuji positif bagi Covid-19.



Kededua masjid akan dibuka semula bagi solat Jumaat pada 30 April, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Lebih awal dari itu, Muis telah mengumumkan penutupan Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran bagi tempoh yang sama. Ia juga akan dibuka semula  bagi Solat Jumaat pada 30 April.



Dalam kenyataannya, Muis berkata individu yang dijangkiti Covid-19 itu telah pergi ke Masjid Hajjah Fatimah pada waktu solat Zohor dan Asar pada 14-15 April dan 17 April.



Individu yang sama juga telah pergi ke Masjid Al-Falah bagi solat Jumaat (Sesi 3) pada 16 April.



Menurut Muis, semua tempahan bagi solat jemaah di masjid-masjid yang terlibat telah dibatalkan, termasuk bagi solat tarawih.



“Muis sedang membantu MOH dengan usaha jejak kontak dan jemaah yang telah dikenal pasti mempunyai hubungan rapat dengan individu (yang dijangkiti Covid-19) akan dihubungi bagi tindakan susulan yang sewajarnya,” kata Muis.



Penutupan terkini ini menjadikan empat masjid ditutup bulan ini.



Masjid Petempatan Melayu Sembawang ditutup dua hari sehingga 28 April selepas seorang individu yang dijangkiti Covid-19 pergi ke sana. Ia dijadual dibuka semula pada 29 April.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >