Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: MOE minta semua pelajar yang ikuti program pertukaran, latihan luar negara pulang

Mar 15, 2020 | 08:40 PM



PELAJAR yang mengikuti program pertukaran atau latihan di luar negara akan disuruh pulang ke Singapura secepat mungkin, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad (15 Mac).



Memandangkan perkembangan semakin membimbangkan berkenaan Covid-19, MOE dan institut pendidikan tinggi (IHL) telah memutuskan untuk menggantung semua peletakan luar negara sehingga hujung Julai.



MOE berkata IHL akan menerangkan kepada pelajar berkenaan kredit yang terjejas dek keputusan tersebut.



"Dalam beberapa minggu akan datang, IHL akan bekerjasama dengan pelajar terjejas untuk memuktamadkan peraturan alternatif yang boleh diambil," kata MOE.



Ia menambah bahawa kos kewangan tambahan tidak patut dikenakan ke atas pelajar bagi peraturan alternatif itu, dan modul tambahan atau pengalaman latihan bekerja setempat tidak boleh menambah kepada yuran sekolah sedia ada pelajar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >