Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: MOH buat persiapan vaksinasi bagi kanak-kanak 6 bulan hingga 4 tahun

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) sedang membuat persiapan yang perlu untuk memperkenalkan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak berusia di antara enam bulan dengan empat tahun, pada suku keempat tahun ini.



MOH juga akan berusaha untuk menyediakan lebih banyak data dan maklumat agar masyarakat dapat lebih memahami jangkitan itu terhadap kanak-kanak.



Ia berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media berikutan keprihatinan yang meningkat dalam kalangan segelintir ibu bapa menyusuli kematian dua kanak-kanak kecil ekoran jangkitan Covid-19 baru-baru ini.



"MOH kini sedang melakukan persiapan yang perlu untuk memperkenalkan vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak kecil berusia antara enam bulan dengan empat tahun.



"Kami bermatlamat untuk menyiapkan ia pada suku keempat tahun ini," kata kementerian itu.



Sehingga 23 Julai, dua kematian kanak-kanak dari sifar hingga 4 tahun akibat Covid-19, telah dilaporkan.



MOH berkata ia bermakna terdapat tiga kematian bagi setiap 100,000 kes dalam kumpulan usia yang sama, berbanding dengan 99 kematian bagi setiap 100,00 kes bagi golongan yang berumur 40 tahun ke atas, pada tahun ini, jelas MOH.



"Ini tidak unik kepada Covid-19 kerana kami melihat trend serupa dalam penyakit berjangkit lain, yang mana kanak-kanak di antara 0 tahun dengan 4 tahun adalah lebih berdaya tahan daripada pesakit lebih berusia, tetapi lebih lemah daripada anak-anak lebih berumur dan dewasa muda," ujar kementerian itu.



Menurut MOH, golongan usia kanak-kanak itu juga terkorban akibat penyakit lain seperti radang paru-paru dan demam selesema.



Sebelum Covid-19, pada 2018 dan 2019, MOH mencatatkan 3.1 kematian bagi kanak-kanak berusia 0 hingga 4 tahun bagi setiap 100,000 orang kerana radang paru-paru dan demam selesema.



"Kami telah menggunakan 2018 dan 2019 sebagai perbandingan kerana langkah kesihatan awam diperkenalkan semasa pandemik Covid-19 telah berkurangan dengan signifikan bagi penyakit radang paru-paru dan selesema."



Daripada 1.7 juta kes Covid-19 dilaporkan sejak pandemik, sekitar 64,000 atau 3.9 peratus adalah kanak-kanak di bawah lima tahun, menurut MOH.



Sebahagian besar daripada 64,000 kanak-kanak itu pulih dengan lancar di rumah, dengan 0.022 peratus memerlukan bantuan oksigen atau dimasukkan ke hospital di unit jagaan rapi (ICU).



Ini berbanding dengan 0.17 peratus pesakit berusia 40 tahun ke atas memerlukan jagaan ICU.



Tambah MOH, ia akan terus melakukan yang terbaik untuk melindungi dan menjaga semua pesakit, khususnya golongan warga emas dan kanak-kanak sangat kecil, yang agak lemah berbanding dengan kanak-kanak lebih tua dan dewasa.



"Kami juga mahu menyediakan lebih banyak data dan maklumat, supaya kita semua dapat memahami lebih baik situasi berkaitan dengan kanak-kanak dan jangkitan Covid-19," terangnya.



Minggu lalu, Berita Harian (BH) melaporkan bahawa Raisya Ufairah Mohammed Ashraff, empat tahun, meninggal dunia pada hari yang sama dia disahkan menghidap Covid-19 pada 17 Julai lalu.



Pada 27 Jun lalu, seorang budak lelaki berusia 18 bulan, meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19. Allahyarham Zaheer Raees Ali Basharath Ali, meninggal dunia selepas mengalami komplikasi akibat Covid-19.



Ibu Raisya, Cik Mardalina Mohamed Nossi, 39 tahun, seorang guru, berkata anaknya mula menunjukkan simptom seperti demam serta sakit tekak sekitar Jumaat dan Sabtu lalu, namun ujian pantas antigen (ART) yang dijalankan beliau menunjukkan tanda negatif.



Sebelum itu, anak bongsu tiga beradik itu muntah dengan banyak, disusuli mulutnya berbuih semasa hendak diberi ubat, sebelum dikejarkan ke klinik dan kemudian ke hospital.



Namun, beliau meninggal dunia sekitar dua jam kemudian, singkap Cik Mardalina.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >