Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: MOH siasat 13 kes yang jalani SHN di Hotel Mandarin Orchard

Dec 19, 2020 | 05:45 PM



KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) sedang menyiasat 13 kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan individu yang menjalani tempoh Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) di Hotel Mandarin Orchard Singapore.



Dalam kenyataannya pada Sabtu (19 Disember), MOH menjelaskan sebagai langkah berjaga-jaga Hotel Mandarin Orchard Singapore akan berhenti daripada menerima tetamu baru serta-merta.



Mereka yang kini menjalani SHN di hotel itu akan dipindahkan ke kemudahan khusus lain. Ia tidak akan menerima tetamu baru sejak Ahad lalu (13 Disember) kerana kontraknya sebagai kemudahan khusus bagi SHN tamat hujung bulan ini.



Hotel ini, tambah MOH, juga telah merancang untuk mendaftar keluar tetamu yang ada kini.



Restoran dan ruang acara di hotel itu juga ditutup.



Menurut MOH lagi, 13 kes yang sedang disiasat ini kembali dari luar negara dan disahkan positif Covid-19 antara 2 dengan 19 November. Mereka didapati mempunyai persamaan genetik yang tinggi walaupun memiliki sejarah perjalanan dari negara berbeza termasuk Bahrain, Canada dan Indonesia.



Dapatan Makmal Kesihatan Awam Nasional memberi gambaran kes-kes ini kemungkinan dijangkiti daripada sumber yang sama.



Siasatan lanjutan MOH pula mendedahkan kes-kes ini menjalani SHN di Hotel Mandarin Orchard Singapore antara 22 Oktober dengan 11 November lalu.



MOH menambah, ia tidak boleh mengecualikan kemungkinan jangkitan berlaku di hotel tersebut berdasarkan penemuan awal.



Proses penjujukan genom dan analisisnya akan diteruskan bagi kes melepasi 11 November.



Penjujukan genom dan analisis filogenetik yang dibuat ke atas kes Covid-19 dijadualkan mengambil masa empat minggu untuk tamat.



Mereka yang menjalani SHN berada di menara khusus dan tingkat-tingkat hotel yang tertentu, terasing daripada tetamu lain dengan tiada interaksi antara mereka.



Bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga dalam memastikan keselamatan tetamu hotel terjaga, Hotel Mandarin Orchard Singapore akan mendaftar keluar semua penghuni hotel itu.



Proses pembersihan dan penyahjangkitan terperinci akan dikendalikan hotel itu dengan merujuk pada MOH dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



MOH pula berkata ia sudah menguji sekitar 500 kakitangannya bagi jangkitan Covid-19.



Tetamu yang tinggal di hotel itu antara 11 November dengan 19 Disember dinasihatkan agar memantau kesihatan mereka secara rapi bagi 14 hari setelah tarikh terakhir mereka berada di hotel itu, kata MOH lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >