Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Covid-19: Murid berusia 12 ke bawah yang dijangkiti alami penyakit ringan

Aug 03, 2021 | 05:30 AM



MURID-MURID di Singapura berusia 12 tahun ke bawah sejauh ini hanya mengalami penyakit ringan dalam kes jangkitan setempat, meski terdapat varian Delta, kata Menteri Pendidikan, Chan Chun Sing.



Menukil data dan pengalaman antarabangsa mengenai jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak, Encik Chan berkata ia menunjukkan bahawa penyakit itu tidak menjejas golongan itu seteruk golongan dewasa dan warga tua.



Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Cik He Ting Ru (GRC Sengkang) tentang penilaian Kementerian Pendidikan (MOE) tentang paras risiko bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang tidak boleh divaksinasi, sedang negara beralih ke Fasa Kedua (Kewaspadaan Dipertingkat).



Cik He juga ingin mengetahui pertimbangan yang diambil dalam memutuskan langkah selanjutnya terutama dalam sekitaran pendidikan dalam bangunan untuk memastikan keselamatan murid-murid serta keluarga mereka.



Menjelaskan, Encik Chan berkata sekolah dan prasekolah melaksanakan pengurusan selamat dan langkah pemantauan ketat.



Mengenakan pelitup atau pelindung muka adalah satu kemestian bukan sahaja bagi pelajar dan kanak-kanak di prasekolah tetapi juga bagi kesemua kakitangan di sekolah dan prasekolah.



Bagi aktiviti yang memerlukan pelitup dibuka di sekolah, langkah pengurusan selamat tambahan diambil.



Misalnya, kelas pendidikan fizikal dijalankan di luar bangunan atau di tempat yang mempunyai peraliran udara yang baik, dalam kumpulan kecil berdasarkan garis panduan negara.



Namun, aktiviti membuka pelitup kini digantung di peringkat prasekolah.



Tanggungjawab sosial dan kebersihan diri yang baik turut diutamakan di prasekolah dan sekolah, kata Encik Chan lagi.



"Kakitangan di prasekolah dan sekolah juga diutamakan bagi vaksinasi. Langkah ini secara menyeluruh mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pelajar kita," kata beliau.



Sedang negara beralih ke norma baru di mana Covid-19 dilihat sebagai penyakit endemik, Encik Chan berkata pemerintah sedang mengambil langkah berhati-hati agar tidak mengambil strategi penghapusan risiko di mana sifar risiko dan sifar kes di sekolah.



"Sebaliknya, kita perlu mengamalkan strategi pengurusan risiko sewajarnya dan secara kolektif mengesahkan paras risiko yang boleh diterima kepada kita sebagai satu masyarakat," kata Encik Chan.



Ini termasuk mengambil pendekatan lebih tersasar untuk mengepung kes dan mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kes.



Encik Chan memberi contoh bagaimana langkah mengenakan pembelajaran di rumah (HBL) bagi peringkat kelas atau sekolah yang terjejas diambil berbanding HBL penuh pada skala lebih besar.



Ini dapat mengasingkan pelajar dan kakitangan terjejas dan tidak menutup kesemua sekolah rendah di mana kebanyakan pelajar belum lagi layak bagi vaksinasi.



"Alternatif bagi HBL penuh bagi tempoh masa yang lama mempunyai kos terhadap pembelajaran dan khususnya terhadap pembangunan sosial-emosional terhadap murid-murid.



"Ia memberi kesan terhadap kesejahteraan mental, mengenakan tekanan tambahan terhadap pendidik, ibu bapa dan pelajar terutama memandangkan tidak semua pelajar mempunyai sekitaran rumah yang kondusif untuk HBL," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >